Salam

SELAMAT DATANG KE BLOG CHIK DIN. SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA UNTUK BLOK INI,SEGALA KOMEN ANDA dSILAkan kat ruang Comment tu.. Tq By By -laman web terkini-

Saturday, February 21, 2009

Wireless-G Notebook Adapter - WPC54G

Wireless-G adalah piawai rangkaian tanpa wayar 54Mbps yang berkelajuan lima kali ganda daripada Wireless-B (802.11b) yag biasa digunakan di rumah, pejabat atau hotspot. Namun kedua-duanya berkongsi frekuensi radio 2.4GHz yang membolehkan peranti Wireless-G digunakan bersama peranti 11Mbps Wireless-B.

Wireless-G Notebook Adapter dari Linksys ini boleh digunakan dalam suasana Wireless-B atau rangkaian Wireless-G. Setup Wizard akan memudahkan anda memasang kad ini pada komputer anda dan seterusnya digunakan dalam rangkaian anda.

Setelah ia dipasang dengan mudah, anda boleh mencapai e-mel, Internet dan berkongsi fail dalam rangkaian yang sama. Sambungan tanpa wayar dilindungi oleh WPA yang akan melindungi notebook semasa dalam rangkaian tanpa wayar.

Positif – mudah pasang dan mudah guna
Negatif – memastikan PC anda boleh menerimanya
Penilaian – 8/10

Linksys Wireless-G Broadband Router - WRT54G2

Peranti ini adalah sebuah perkakasan wajib untuk setiap rumah yang akan menggabungkan rangkaian berwayar dan tanpa wayar. Jika anda ada menggunakan talian jalur lebar (broadband) DSL peranti ini akan bertindak sebagai laluan yang akan menyambungkan seluruh isi rumah kepada internet.

Ia akan mengendalikan setiap komputer atau komputer bimbit di samping memantau aliran internet dalam rangkaian di rumah anda. Modem akan disambung kepada router ini dan komputer lain disambungkan kepada port yang disediakan atau disambungkan menerusi tanpa wayar.

Adalah lebih baik komputer biasa disambung secara berwayar dan komputer bimbit disambung secara tanpa wayar. Pemasangan adalah mudah dan cepat. Pasang kepada modem dan komputer; pasang perisian tertentu dan akhirnya anda boleh mencapai menerusi tanpa wayar dengan cepat dan mudah.

Ciri baru perlindungan Wi-Fi mudah dikonfigurasi dan ia dilindungi oleh WPA2 yang melindungi data anda dengan enskrip 256-bit. Router ini juga bertindak sebagai pelayarn SHCP, Firewall SPI, menyokong VPN dan penapis pengguna internet. Segala konfigurasi dilakukan menerusi antaramuka berasaskan pelayan. Dengan Linksys Wireless-G Broadband Router anda boleh berkongsi capaian internet berkelajuan tinggi, pencetak, fail dan permainan multipemain.

Positif – mudah pasang dan mudah guna
Negatif – tidak serasi dengan peranti tertentu
Penilaian – 8/10

sumber; http://www.karangkraf.com.my/E-Majalah/MajalahPC/default.asp?categories=MPC5

No comments:

Post a Comment