Salam

SELAMAT DATANG KE BLOG CHIK DIN. SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA UNTUK BLOK INI,SEGALA KOMEN ANDA dSILAkan kat ruang Comment tu.. Tq By By -laman web terkini-

Sunday, November 22, 2009

Kenangan dalam hujan lebat






"Dato` aku nak tumpang engko ke sekolah hari hujan, aku sangkut kat Bus Stop depan SMK. Sg. Kruit" kata aku semasa call Nasri dalam telefon. Nasri pun menjawab "OK, nanti aku ambik engko,engko tunggu kat sana". Aku sebenornya suka tumpang member aku ni sebab boleh le aku bersembang hari ini. Kalau tidak terpaksa la menyanyi dan bercakap sorang-sorang atas motor kriss aku ni. Dah le sejuk hujan nie... lagi pon jauh lagi aku nak sampai tempat kerja..




Peristiwa tu berlaku dalam tahun 2005 yang lalu. Waktu tu aku mengajar pada sessi petang di SMK Sri Tapah. Memang dah jadi rutin aku, aku akan keluar dari rumah bersama kriss kesayangan aku pada pukul 12.30 tengah hari.(nak jimat minyak beb)




Memandangkan hujan lebat hari tu aku terpaksa ambil keputusan menumpang Nasri member aku ni. Aku pun parking kat busstop depan SMK Kruit Sungkai depan kuil kat citu. Sambil menunggu member aku tu sempatle melihat gelagat pengguna jalan raya ada yang bertimbang rasa dan ada yang sebaliknya.


Mana taknya dah le hujan lebat ada yang bawak kereta, lori dengan laju habis bersembur air hujan atas jalan raya tu bila dilanggor dik kerata, lori tu. Terkena kami kat tepi jalan nie. bara pon ade... tapi disebabkan hujan lebat ari tu... cool le sikit.




Memang sudah menjadi kebiasan apablila hujan lebat jalan di depan Bus Stop SMK SG. Kruit ini akan dinaiki air sehingga akan menenggelamkan longkang besar yang terdapat di kiri dan kanan Bus Stop tersebut.




Lebih kurang 10 minit lepas aku call member aku tu dapat aku lihat dari jauh member aku tu dalam kancilnya memandu dengan agak laju juga menuju kat Bus Stop yang aku berteduh di kiri jalan menuju ke Tapah. Lepas tu aku nampak kancil silver tu memberi signal ke kiri dan membelok ke kiri. Aku rasa member aku ni tentu nak parking kat dalam Bus Stop tempat aku berteduh ni... agaknya dia nak parking kereta dia tu sampai betul-betul dekat aku supaya aku tak basah.




Bila aku tengok keadaan tu aku dah agak masalah akan timbul.Oleh kerana air hujan memenuhi longkang besar di sebelah bus stop maka member aku ni tak perasan longkang tersebut dan dia terus je memandu kereta tersebut masuk ke dalam longkang. Sedar-sedar sebelah tayar keretanya dah masuk ke dalam longkang.




Alamak, apa lagi jenuh aku angkat tanggan supaya dia jangan masuk terus kat aku.Dia tak nampak agaknya disebabkan hujan lebat. Lepas tu member aku tu tanpa berfikir panjang terus membuka pintu kereta dan turun.


Tiba-tiba dia hilang dalam arus deras longkang besar itu. Aku pon melompat dan sempat mencapai tali pinggang dia, sempat la aku pusingkan badannya menelentang supaya tak lemas dan terus aku tariknya di tepi longkang. Bayangkanlah aku yang kurus tu memegang member yang besor ni. Terhuyung-hayang juga aku memagang member aku ni. Aku pun tarik dia naik daripada longkang besar sambil memerhatikan sebelah tayar kereta member aku tu yang masuk ke dalam longkang. Aku dan member mula pening macam mana nak buat ni. Tak semena-mena datang seseorang yang entah dari mana membantu aku mengangkat kereta tu. Dia mengarahkan aku menghidupkan enjin dan menekan minyak. Dia mengangkat kereta itu dengan sepenuh tenaga secara berseorangan.




Akhirnya tayar kereta aku berjaya dikeluarkan daripada logkang tersebut. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada mamat tersebut. Ternyata kuat sungguh tenaganya. Sebelum tu aku dah try angkat kereta tu ngan Nasri tapi gagal. Menguit pun tidak.Oleh kerana baju dan seluar dah basah member aku mengajak aku balik ke rumahnya untuk menukar pakaian. Lepas tu aku parking motor kriss ku kat rumah member aku ni.




Sepanjang perjalanan ke sekolah aku dengan Nasri asyik ketawa je mengenangkan peristiwa tersebut. Apabila aku ceritakan peristiwa ini kepada orang rumah aku dan kawan-kawan semuanya ketawa.Setiap kali aku melintas kat kawasan tu kenangan tu mesti muncul kembali, lebih-lebih lagi bila musim hujan. Setiap kali aku mengenang peristiwa tu aku tertawa sendirian. Yang mintak tolong akhirnya kena menolong. Ha.... Ha....Ha.....

Sunday, November 15, 2009

Windows 7 lebih mesra, responsif

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN



windows 7 mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

--------------------------------------------------------------------------------



SELEPAS sistem operasi PC Windows Vista, kini Microsoft melangkah jauh dengan melancarkan Windows 7 yang lebih mesra pengguna, canggih dan pantas. Ia dilancarkan di ibu negara baru-baru ini bersama-sama rakan niaga Intel, HP, Dell, Acer, DiGi, AMD, Asus dan Lenovo.

Sistem operasi baru ini menawarkan antara muka pengguna yang menjadikan tugas seharian lebih mudah.

Kehadiran Windows 7 di negara ini disokong oleh rakan niaga Microsoft dengan menggunakannya di dalam komputer dan perisian masing-masing.

Dengan pelbagai pilihan PC dan harga, pengguna boleh memilih yang sesuai dengan keperluan mereka daripada netbook, ultrathin notebook dan laptop kepada desktop dan mesin permainan.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood berkata, Microsoft Malaysia amat teruja dengan Windows 7 di negara ini dan merupakan hari yang amat bermakna bagi industri teknologi maklumat (IT).

"Windows 7 telah berada di seluruh negara dan pengalaman di PC semakin bermakna bagi pengguna seperti diimpikan ringkas, pantas, lebih responsif.

"Kami berharap pengguna di negara ini yang menggunakan Windows dan menaiktaraf PC dalam masa 12 bulan ini akan menikmati apa yang dialami oleh lapan juta penguji beta," katanya semasa majlis pelancaran rasmi Windows 7 bagi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yasmin berkata, tiga idea besar memainkan peranan dalam pembangunan Windows 7 iaitu

lBekerja seperti mana yang dikehendaki pengguna.

lPengguna mahukan komputer boot up lebih cepat dan Windows 7 mengambil masa hanya 15 saat.

lSistem operasi juga lebih responsif dan menawarkan hayat bateri lebih lama.

lDengan Windows 7, Microsoft telah menjadikan tugasan lebih ringkas, pantas, lebih responsif dan kurang sibuk.

lMeringkaskan tugasan seharian.

lPeningkatan telah dilakukan kepada pemprosesan tetapi menjadikan pengkomputeran lebih mudah.

lDari Taskbar kepada ciri Snap and Shake, Windows 7 membantu pengguna melakukan apa saja dengan cara yang mudah dan pantas.

lMenjadikan perkara baru kenyataan

lciri baru seperti fungsi much-touted multitouch, PlayTo, location-aware printing dan beberapa peningkatan yang membolehkan perkara baru dilakukan.

Yasmin mengucapkan terimakasih kepada semua penguji di negara ini yang mengambil bahagian serta rakan kongsi yang menyumbangkan masa serta memberikan maklum balas sehingga menjadikan Windows 7 sistem operasi terbaik dari Microsoft.

Dalam menjadikan matlamat Windows 7 menjadikan impian sebagai kenyataan Penolong Pengarah Eksekutif Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM), Moses Choo telah melakukan demo bagaimana sistem operasi terkini dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Pada masa yang sama, Microsoft Malaysia, Acer dan Asus mendermakan perisian dan perkakasan komputer kepada NCBM bagi membantu usaha merapatkan ruang digital di antara mereka.

Berbaloi dengan ciri yang diberikan, harga runcit Windows 7 dengan versi penuh bermula dengan RM525 bagi Home Premium, bagi Professional adalah RM855 manakala RM903 bagi Ultimate.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Windows 7 boleh layari laman sesawang www.win7.com.my/

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Saturday, November 14, 2009

Vitamin terbaik untuk anak

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Pastikan si kecil nikmati diet seimbang, elak makanan ringan

ADAKAH anak anda memerlukan vitamin tambahan dalam diet sehariannya? Apakah beliau cukup khasiat untuk membesar sebagai anak yang sihat dan cerdas?

Inilah persoalan yang sering melingkari minda ramai ibu bapa yang ragu-ragu mengenai keupayaan sendiri dalam memantau pembesaran anak-anak.


Justeru, tidak hairan apabila anak-anak zaman ini disogokkan dengan pelbagai pil bagi menambah kecergasan dan kecerdasan. Tetapi, adakah ini perlu? Tidakkah terlalu awal mendedahkan anak-anak dengan pelbagai vitamin tambahan?

Pakar Runding Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata cara terbaik untuk memastikan anak-anak mendapat vitamin dan mineral adalah dengan memberinya peluang menikmati pelbagai jenis makanan.

Selain susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, masukkan juga kekacang, ikan dan produk tenusu dalam dietnya.

“Memang mudah menyebut diet yang sihat, tetapi kanak-kanak tidak makan seperti mana kita mahu mereka makan. Anak-anak yang cerewet dalam soal pemakanan tidak akan memperoleh vitamin, mineral dan nutrisi penting yang lain,” jelasnya.

Malah ada juga kanak-kanak langsung tidak makan makanan berkhasiat atau sihat. Ada yang lebih cenderung memilih makanan yang diproses dan makanan ringan kurang sihat dan kurang khasiatnya berbanding gula dan kalori.

Dr Azam berkata, anak-anak yang memilih makanan juga tidak mendapat khasiat secukupnya bagi membantu pembesaran mereka. Vitamin dan mineral yang amat penting bagi pembesaran kanak-kanak, secara umumnya boleh diperoleh dalam diet pemakanan seimbang. Tetapi ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada kanak-kanak yang suka memilih makanan.

“Kanak-kanak yang tidak mengambil mengambil vitamin dan mineral secukupnya mungkin berhadapan dengan kadar IQ yang rendah berbanding kanak-kanak yang mendapat mineral dan vitamin mencukupi,” katanya.

Jelas Dr Azam, fakta penting yang perlu diketahui ramai adalah usaha meningkatkan tahap IQ kanak-kanak bukan bergantung pada jenis atau vitamin tertentu tetapi gabungan pelbagai vitamin seperti zink, vitamin A dan C.

Bagaimanapun pengambilan makanan tambahan juga harus sesuai dengan keperluan anak-anak kerana pengambilan makanan tambahan yang terlalu banyak sebaliknya boleh menjadi toksik kepada tubuh kanak-kanak.

“Apa yang perlu diketahui, vitamin dan mineral tidak merawat penyakit kecuali jika kanak-kanak mengalami masalah kekurangan vitamin atau mineral,” katanya.

Jika dilihat, makanan tambahan bukan lagi dalam bentuk pil atau kapsul. Ia juga tidak lagi terhad kepada vitamin dan mineral, sebaliknya asid lemak, Omega 3 dan minyak ikan. Ada juga sebahagian makanan tambahan ini dimasukkan dalam susu tepung.

Misalnya, susu formula mengandungi rumusan DHA (asid docasaHexanenoic, sejenis omega 3) yang membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Bagaimanapun jelas Dr Azam, vitamin dan mineral dalam susu formula tidak setanding dengan kandungan DHA dalam susu ibu. Tetapi, perlu diingat, jika ibu menyusukan anak tidak mengambil diet yang betul, ini pasti menjejaskan kualiti susu.

“Ramai ibu yang mahu segera kurus selepas pantang dan tidak makan dengan betul. Mungkin mereka akan cepat mendapat bentuk badan asal selepas bersalin tetapi tindakan itu menjejaskan khasiat susu ibu,”

Dr Azam berkata satu lagi makanan tambahan yang mungkin membantu dalam proses pembesaran kanak-kanak adalah probiotik. Anak-anak yang lahir melalui pembedahan kurang terdedah pada bakteria usus yang baik berbanding anak-anak yang dilahirkan nomal.

Pendedahan kepada bakteria usus yang baik membantu dalam proses pencernaan dan melindungi usus sekali gus mengurangkan simptom cirit birit.

INFO: Diet sihat si kecil

  • Selain susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, masukkan juga kekacang, ikan dan produk tenusu dalam makanan anak

  • Makanan tambahan bukan setakat vitamin dan mineral, tetapi asid lemak, Omega 3 dan minyak ikan

  • Kanak-kanak kurang vitamin dan mineral secukupnya mungkin berdepan kadar IQ yang rendah

  • Usaha tingkat tahap IQ bergantung kepada gabungan pelbagai vitamin seperti zink, vitamin A dan C

  • Awasi pengambilan makanan tambahan. Jika berlebihan boleh menjadi toksik kepada tubuhnya.

  • sumber http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20091115091735/Article

    Monday, November 2, 2009

    Lagenda Lambor Kanan

    Lagenda ikan tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja
    Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada

    Bermula Kisah
    Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.
    Si Kaduk
    Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya

    Ayam
    Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam



    Pertarungan Ayam
    Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata

    Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
    Dan di pihak Sultan pula:

    Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.

    Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

    Kekalahan

    Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

    Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

    Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

    Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan

    Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

    Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.

    Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air
    Tebus

    Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

    Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah, Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa

    Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

    Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah
    Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

    Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama

    Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.

    Thursday, October 29, 2009

    Muhyiddin supports single stream in schools

    KOTA TINGGI: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin personally supports the call for single stream schools to promote unity and the 1Malaysia concept.

    He, however, said the issue required feedback from many quarters before it can be implemented.

    Muhyiddin was commenting on the issue that was brought up in the Dewan Rakyat on Wednesday.

    Bernama had reported Hamim Samuri (BN-Ledang) urging the Government to restructure the education system including introducing single stream schools to achieve racial unity.

    He had said that the current multi-stream schooling system did not help people understand the meaning of unity or the 1Malaysia concept promoted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    He had added that the present system should be restructured where all secondary schools would be in a single stream, thus placing all races under one roof.

    “The multi-stream schools can be retained at the primary level. The Government can take over and upgrade the secondary schools,” he said when debating the Supply Bill 2010 here Wednesday.

    Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) agreed, saying that a study showed that the present education system had no objectives for the well-being of the people.

    Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) also agreed that all multi-stream schools be united into a single stream at secondary level so that racial unity could be achieved.

    He said the single stream schooling system had been mooted by historian and academician Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

    source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/29/nation/20091029140222&sec=nation

    Wednesday, October 21, 2009

    Perpaduan 1Malaysia

    Untuk menjayakan 1Malaysia nie, ada baiknya bahasa ibunda yang terdapat di Malaysia ini dijadikan matapelajaran komunikasi disekolah. Dengan mempelajari bahasa kaum lain ini akan lebih mewujudkan 1Malaysia dan dapat menyelami adat sesuatu kaum itu dengan lebih mendalam lagi. Bahasa Melayu tetap bahasa kebangsaan, bahasa ibunda sesuatu kaum perlu dipelajari untuk kaum yang lain. ( bahasa orang asli, china, iban, bidayuh, penan, india, jawa, singh, arab, dan lain-lain yang banyak di malaysia). Biarlah dijadikan pilihan kepada rakyat.

    Bahasa komunikasi ini eloknya dimulakan pada peringkat sekolah rendah lagi. Siaran radio berbahasa cina telah memulakan mengajar para pendengar belajar bahasa melayu dalam siaran mereka. ini merupakan satu tindakan yang baik.

    Faedah

    1. Persediaan untuk perniagaan antarbangsa
    2. Memahami budaya adat kaum lain
    3. Mengelak syak wasangka antara kaum kerana tidak faham maksud yang dikata
    4. Lebih mewujudkan perpaduan
    5. Dapat mencapai hasrat 1Malaysia
    6. Mewujudkan hubungan yang baik antara kaum
    7. Memperkayakan budaya negara
    8. Satu daya tarikkan pelancong kerana mempunyai rakyat yang boleh
    berkomunikasi dalam multibahasa dalam sebuah negara.

    Bahasa Melayu diUtamakan Bahasa Ibunda diperkayakan

    Tuesday, October 6, 2009

    3 Pemuda Mencari Ilmu

    3 Pemuda Mencari Ilmu

    Didalam sebuah kampung tinggal 3 orang pemuda yang bernama Dan, Din Don. Mereka bercita-cita untuk pergi mengembara dan mencari ilmu diluar dari kampung mereka itu. Setelah mereka bertiga menyiapkan bekalan untuk memulakan perjalan dan memohon keizinan dari ibu bapa masing-masing merek pun memulakan perjalanan.

    Setelah tiga hari tiga malam berjalan mereka berjumpa seorang tua yang sedang berjalan seorang diri. Orang tua itu bertanya kepada mereka bertiga hendak kemana. Lalu mereka pun berceritalah kepada orang tua itu, akan tujuan mereka mengembara untuk mencari ilmu. Setelah orang tua itu mengetahui tujuan mereka untuk mencari ilmu dia mencadangkan Dan, Din Don untuk memasuki sebuah gua yang terdapat di dalam sebuah hutan yang tak jauh dari situ.

    Mereka bertiga setuju, lalu orang tua itu menunjukkan kepada Dan, Din, Don gua yang disebutkanya itu. Tetapi sebelum mereka memasuki gua tersebut orang tua tersebut telah berpesan bahawa dalam gua itu gelap-gelita tak ada sedikit cahaya pun yang masuk kedalam gua itu. Dan orang tua itu berpesan lagi agar mereka mengutip apa sahaja yang mereka sentuh semasa dalam gua itu nanti. Orang tua itu juga memberi mereka seorang sehelai guni untuk membawa apa sahaja yang mereka jumpa nanti.

    Lalu mereka bertiga masuk ke dalam gua itu. Memang betul seperti kata orang tua itu di dalam gua itu sungguh gelap sehingga jari tangan pun tidak dapat dilihat. Mereka pun meraba-raba dalam gelap itu sambil mengingati pasan orang tua itu untuk megutip apa sahaja yang mereka sentuh.

    Setelah beberapa ketika mereka mula mengutip apa sahaja yang mereka sentuh. Yang mana benda yang mereka itu keras dan berat seperti batu.Dan merupakan seorang pemuda yang malas diantara ketiga-tiga mereka itu, merasakan guni yang dipegangnya itu berat dan dia berfikir benda-benda itu semuanya batu lalu dia membuangkan kembali tanpa satu pun yang dia bawa keluar dari gua itu. Bagi Din pula, setelah dia merasakan guni yang diisinya itu berat sangat dia telah membuang separuh dan hanya separuh sahaja yang dibawanya keluar, berlainan dan Don walaupun berat tetapi kerana dia ingat tentang pesan orang tua itu dia sanggup bersusah-payah memikul guni yang diisi dengan penuh.

    Setelah mereka keluar dari gua dan membawa guni masing-masing lalu berjumpa dengan orang tua tadi yang menanti mereka diluar gua itu. Lalu Oarang tua itu menyuruh mereka membuka guni masing-masing. Alangkah terkejutnya mereka, kerana pada sangkaan mereka benda yang keras dan berat itu batu tetapi sebenarnya emas dan permata yang cantik sekali. Sungguh malang bagi Dan kerana sikap malasnya tidak ada seketul emas pun yang ada dalam guni. Din bernasib baik walaupun dia telah membuang separuh tetapi dia masih mempunyai separuh guni lagi yang terdapat didalamnya emas dan permata. Yang paling beruntung ialah Don kerana dia memiliki seguni emas dan batu permata yang tak ternilai harganya. Kesihan Dan yang menangis dan kesal keatas sikapnya yang malas dan tidak mahu berusaha itu.

    Kemudian orang tua itu berpesan kepada mereka bertiga begitu jugalah dalam menuntut ilmu kalau kita malas tidak satu ilmu pun yang masuk kedalam diri kita, kalau kita berusaha hanya sekerat jalan maka sedikit sajalah ilmu yang kita miliki. Melainkan jika kita berusaha bersungguh-sungguh maka banyaklah ilmu akan kita perolehi.

    Sunday, September 27, 2009

    Kisah hidup individu fobia

    NAZRUL AZAT JAMIL, 30, ada masalah dengan lori. Apabila mendengar sahaja bunyi lori dan bas bergerak, hatinya menjadi tidak tenang. Jantungnya mulai berdegup pantas.

    Ketakutannya terhadap kenderaan-kenderaan berat bukan main-main. Segala-galanya bermula ketika dia mengambil ujian memandu buat kali pertamanya empat tahun lalu.

    Menaruh harapan untuk lulus, Nazrul bagaimanapun gagal dalam ujian tersebut. Semuanya gara-gara dia terserempak dengan sebuah lori ketika memandu.

    "Waktu itu, kereta saya nyaris-nyaris bergesel dengan lori. Jarak lori itu pun sangat dekat... kira-kira sejengkal sahaja. Saya jadi takut dan memandu pun tak betul.

    "Lagipun, saya pandu kereta Kancil. Jadi, lori di tepi rasa macam nak hempap saya. Terus instruktor suruh saya berhenti tepi jalan dan dia ambil alih," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di ibu negara baru-baru ini.

    Dicengkam perasaan takut yang berlebihan, Nazrul hanya berani mengambil semula ujian memandu enam bulan kemudian. Malah, sehingga ke hari ini, perasaan takut itu belum lenyap.

    Rasa takut

    Pantang nampak kelibat kenderaan besar dan tinggi di lebuh raya, dia pasti akan memperlahankan keretanya. Alasannya cukup mudah. Semoga lori dan bas itu boleh meluncur pergi, membawa bersama-sama perasaan takutnya.

    Setiap kali memandu, anak kedua daripada enam beradik itu akan menggenggam erat dan merapatkan dadanya di stereng. Bagi pustakawan itu, tindakan tersebut disifatkan selamat andainya berlaku apa-apa kecelakaan.

    Sebelum memiliki kereta, Nazrul gemar menumpang kereta kawannya untuk pergi balik ke pejabat. Lima bulan kemudian, dia membeli sebuah kereta Proton Gen-2.

    Malangnya, saiz kereta sedan itu tidak sedikit pun membantu menyingkirkan perasaan takutnya. Lebih teruk lagi, jadualnya ke tempat kerja kini sudah berubah.

    "Sepatutnya saya masuk kerja pukul 9 pagi. Tetapi, 6.30 pagi saya sudah keluar rumah. Balik pun lewat. Semata-mata nak guna jalan raya yang lengang. Tak nak bertembung dengan lori," tambahnya sambil tersipu-sipu.

    Sedangkan jarak dari rumah Nazrul ke pejabat hanya memakan masa 10 minit!

    Lelaki bertubuh gempal itu rupa-rupanya mempunyai lebih daripada satu jenis fobia. Dengar, sebut, tengok dan terbau darah, tubuhnya akan menggeletar, selain berpeluh meskipun dalam bilik berhawa dingin. Penglihatannya boleh jadi kabur dan dia seperti hendak pengsan.

    Ironinya, ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dia terpaksa mengharungi satu sesi pendidikan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang memeritkan. Duduk di depan kelas, sepanjang tempoh penjelasan bab pendarahan berlangsung, perasaan Nazrul bagaikan air yang berkocak tidak menentu.

    "Saya tak sabar-sabar nak keluar dari kelas. Nasib baik hanya satu kelas PBSM," ujar penghidap hemofobia yang juga mempunyai fobia terhadap ketinggian.

    Seingatnya, pernah sekali Nazrul cuba menderma darah. Atas niat untuk beramal, dia tidak sama sekali menyangka diri terpaksa mengalah kepada fobia hanya setelah satu suku pin darah diambil.


    INDIVIDU yang mengakibatkan fobia boleh menjalani terapi pelaku kognitif.


    Berkongsi fobia yang sama dengan Nazrul ialah Nor Zaileen Kamar, 27. Penganalisis di sebuah syarikat pembekal gas dan minyak gergasi itu menyedari diri mempunyai hemofobia sejak di sekolah menengah lagi.

    Menggelikan

    Bercita-cita menjadi doktor tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan oleh Nor Zaileen. Bagaimana hendak membedah pesakit kalau mendengar tentang fungsi jantung mengepam darah pun sudah cukup menggelikannya.

    Klimaks fobianya berlaku ketika dia dan keluarga bercuti di Amerika Syarikat (AS) tidak lama dahulu. Tiba-tiba ayahnya diserang sakit jantung.

    "Di hospital, hanya ada saya dan emak. Kami perlu memberi kebenaran untuk ayah menjalani pemindahan darah. Saya diberi risalah untuk dibaca.

    "Malangnya, saya tidak mampu membacanya. Pihak hospital terpaksa menghubungi adik perempuan saya untuk dibacakan isi kandungan risalah itu dan membuat keputusan," tambahnya.

    Zaileen juga takut kepada kotoran dan kuman (misofobia). Ingin memastikan diri sentiasa bersih, sebotol sanitizer pasti menemaninya ke mana sahaja dia pergi.

    Menurut Persatuan Psikiatri Amerika, fobia boleh ditafsirkan sebagai satu perasaan takut yang melampau dan tidak rasional terhadap sesuatu situasi mahupun objek.

    Dalam kebanyakan kes, fobia berlaku kerana rasa takut jika diri dicederakan. Ambil contoh agorafobia. Penghidapnya besar kemungkinan takut terperangkap di dalam tempat yang sukar untuk melepaskan diri.

    Rasa loya, pening-pening, takut untuk mati dan sukar bernafas merupakan antara simptom umum fobia.

    Bantuan psikologi

    Sementara itu, pakar psikiatri dan psikoterapi, Dr. Stephen Jambunathan ketika dihubungi Kosmo! berkata, tiada salahnya seseorang itu mempunyai fobia. Lagipun, ia bukan satu penyakit. Masalah perilaku itu boleh diatasi dengan mudah jika bantuan psikologi diperoleh seawal mungkin.

    Malah, sepanjang kerjayanya dalam bidang psikologi sejak lebih sedekad lalu, kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan telah sembuh seratus-peratus.


    FOBIA dipercayai satu situasi yang tidak menimbulkan kesan serius.


    "Fobia sebenarnya satu bentuk kebimbangan. Lazimnya, dalam situasi yang umum tidak akan ada sebarang kesan serius.

    "Kalau ada paling serius pun, pesakit cenderung untuk mengurung diri di dalam rumah sepenuhnya. Pada tahap ini, pesakit perlu dirawat menggunakan Terapi Perilaku Kognitif (CBT)," katanya.

    Kadar kelaziman fobia biasanya sama tanpa mengira gender, bangsa dan negara. Walaupun begitu, fobia boleh berlaku atas pengaruh pelbagai faktor - sistem kepercayaan, pengaruh budaya, didikan, tradisi dan evolusi.

    Misalnya, penduduk luar bandar yang biasa 'bekerja' dengan binatang liar tidak mempunyai rasa takut terhadap ular. Tetapi, situasinya mungkin berbeza dengan penduduk bandar.

    Biar apa pun puncanya, fobia adalah satu kondisi yang boleh dirawat. Namun, tempoh pemulihan pesakit banyak bergantung kepada tahap keseriusan dan kestabilan psikologi mereka.

    Jambunathan menambah, kadangkala preskripsi perubatan sementara diperlukan oleh pesakit dan pengambilan ubat-ubatan ini adalah efektif dan selamat.

    Apa yang lebih mustahak ialah pesakit tidak patut menghiraukannya. Sebaliknya belajar mengatasinya. Selepas itu fobia bukan lagi satu isu besar.

    sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    Monday, September 7, 2009

    Saturday, July 18, 2009

    e-Jenazah

    Kemudahan urus jenazah

    Oleh Fazli Abdullah
    fazliabdullah@bharian.com.my


    PUSAT panggilan 24 jam disediakan Anjung Urus Jenazah.

    Perkhidmatan e-jenazah di internet dibuat secara sistematik, bersepadu dan berlandaskan hukum syarak

    MUNGKIN ramai yang belum pernah dengar e-jenazah, malah tidak terlintas di fikiran mengenai kewujudannya. Apakah ia sama seperti perkhidmatan e-kerajaan, e-tanah dan pelbagai lagi sememangnya sudah biasa didengari.

    Sebenarnya, e-jenazah ialah perkhidmatan pengurusan jenazah secara sistematik, bersepadu dan berlandaskan hukum syarak. Oleh kerana perkhidmatan itu turut menggunakan aplikasi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ia selayaknya dinamakan e-jenazah.


    Perkhidmatan yang ditawarkan sebuah syarikat Bumiputera, Anjung UrusJenazah Sdn Bhd, yang berpangkalan di Bayan Baru, Pulau Pinang, membabitkan pelaburan awal RM2.5 juta.


    Buat permulaan, perkhidmatan itu ditawarkan kepada umat Islam di Pulau Pinang sejak awal bulan ini. Perkhidmatannya bermula dengan khidmat nasihat pengurusan jenazah selepas kematian, diikuti khidmat nasihat kepada waris, sebaran berita kematian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah, menguruskan dokumentasi kematian, memandikan, mengkafan, sembahyang jenazah dan hadiah khatam al-Quran oleh kumpulan hafiz.

    Ini bermakna jika orang yang meninggal dunia sudah menyertai pakej e-jenazah, warisnya seperti bapa, isteri atau anak tidak perlu ke hulu ke hilir untuk menguruskan jenazah seperti membuat laporan polis, mencari penggali kubur, membuat persiapan untuk mandi dan kafan jenazah kerana semuanya akan diuruskan oleh petugas syarikat.

    PERKHIDMATAN van jenazah turut disediakan.

    Selain lebih selesa, waris juga boleh menggunakan saat-saat terakhir bersama insan tersayang itu dengan membaca al-Quran selain bertumpu kepada usaha menerima kehadiran tetamu tanpa timbul rasa kebimbangan mengenai soal pengurusan jenazah.

    Apa yang penting, perkhidmatan yang ditawarkan berlandaskan hukum syarak. Malah, syarikat itu mempunyai Panel Penasihat Syariah (PPS) yang dianggotai mufti, kumpulan ulama dan peguam syarie. Panel ini diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

    Pembentukan panel ini selaras matlamat untuk menyediakan satu sistem pengurusan jenazah yang berlandaskan hukum syarak dan dilaksanakan dengan sempurna melalui pemantauan berterusan, sama ada di peringkat pengurusan mahupun operasi.

    Selain mendapat kepercayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui geran sebanyak RM2 juta daripada tabung InoFund, e-jenazah juga memperoleh kerjasama badan berkaitan seperti majlis agama Islam negeri di seluruh negara.

    Perkhidmatan e-jenazah ini ditawarkan melalui skim bayaran mudah yang tidak membebankan iaitu serendah RM60 setahun dan setiap pembeli pakej akan diberikan kad keahlian. Ahli boleh memilih sama ada membeli pakej tahunan atau pun seumur hidup.

    Jika ahli memilih pakej tahunan dan umur panjang, individu itu hanya perlu membuat pakej sehingga tahun ke-12. Sepanjang tempoh itu, ahli membayar RM720 (tidak termasuk RM20 untuk yuran pendaftaran pada tahun pertama) dan tidak lagi perlu membuat bayaran bagi tahun ke-13 dan tempoh berikutnya.

    Sekiranya ahli meninggal pada tahun pertama, syarikat akan menguruskan jenazahnya tanpa mengambil wang tambahan daripada waris walaupun hanya menjelaskan RM60. Ketika ini, kos pengurusan jenazah sekitar RM1,000 hingga RM1,200, bergantung kepada kawasan.

    Apabila berlaku kematian, waris perlu menghubungi talian hotline pusat panggilan 1300 88 4554 yang beroperasi 24 jam sehari yang bertindak sebagai pusat pemprosesan untuk menyelaraskan segala urusan perkhidmatan yang akan diberikan kepada pelanggan e-jenazah.

    Selepas menerima panggilan daripada waris, pusat panggilan akan menghantar SMS kepada 20 ahli keluarga terdekat (senarai nama diberikan oleh ahli ketika mendaftar) untuk memaklumkan kematian. Ini diikuti oleh khidmat nasihat oleh Panel Pengurusan Jenazah sehingga selesai pengebumian.

    Pengarah Urusan AnjungUrus Jenazah, Gulam Rusol Md Ismail berkata, idea memperkenalkan perkhidmatan itu timbul kerana syarikat mahu mewujudkan satu sistem pengurusan jenazah yang lebih sistematik terutama di bandar kerana masyarakat sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.

    Dengan mengambil kira sistem pengurusan jenazah sedia ada yang kurang tersusun kerana perkhidmatan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa khairat kematian di sesuatu kawasan bukan sepenuh masa, beliau terpanggil untuk menyediakan sesuatu yang lebih lengkap dengan berlandaskan hukum syarak.

    Katanya, dengan menggabungkan kemudahan ICT, e-jenazah akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam berkaitan pengurusan jenazah.

    “Dalam membangunkan sistem ini, aspek hukum dipertimbangkan dengan sehalusnya oleh PPS yang terdiri daripada mufti negeri, ulama dan peguam syarie. Apa yang kami tawarkan adalah gabungan perkhidmatan dan fardu kifayah apabila berlaku kematian, bukannya sangat soal komersial,” katanya.

    Beliau menjelaskan pihaknya turut melakukan kajian mendalam sebelum memperkenalkan perkhidmatan itu kerana ia mengambil kira soal hukum syarak serta sensitiviti masyarakat setempat seperti khairat kematian.

    Ini kerana, mereka tidak mahu dilihat seolah-olah mengambil alih fungsi khairat kematian di sesuatu kawasan yang sudah sekian lama mengendalikan soal pengurusan jenazah.

    Tanpa memperlekehkan khairat kematian di sesuatu kawasan, Gulam berkata, perkhidmatan yang ditawarkan AnjungUrus Jenazah itu sebaliknya bertujuan memperkemaskan pengurusan jenazah sedia ada terutama bagi menghadapi cabaran serta yang semakin kritikal.

    “Khairat kematian sememangnya bagus tetapi masalahnya tiada orang yang benar-benar komited terhadap perkhidmatan pengurusan jenazah kerana mereka mungkin ada tugasan lain.

    “Melalui e-jenazah, kita mempunyai pusat panggilan yang beroperasi 24 jam sehari yang membolehkan waris mendapat perkhidmatan pada bila-bila masa apabila berlaku kematian,” katanya.

    Walaupun mempunyai Panel Pengurusan Jenazah (PPJ) yang berpengalaman, mereka tidak mengetepikan peranan khairat kematian. PPJ akan berbincang dengan mereka mengenai pengurusan jenazah dan jika ahli jawatankuasa khairat kematian boleh melaksanakannya, mereka tidak akan diketepikan.

    Bagaimanapun, sekiranya khairat kematian kawasan itu tidak boleh melakukannya, PPJ akan menguruskan jenazah berkenaan dengan menggunakan petugas yang terlatih termasuk mengendalikan jenazah yang bermasalah akibat penyakit kronik dan kematian akibat kecederaan parah.

    “Kami amat menitikberatkan soal hukum dan sensitiviti ketika menguruskan jenazah. Di tempat yang tiada kemudahan mandi mayat, kami menyediakan kit mandi mayat bergerak percuma,” katanya sambil menambah pihaknya juga akan turut membaca talkin.

    Selepas semuanya selesai, syarikat juga menghadiahkan khatam al-Quran oleh hafiz yang akan melakukannya di Madrasah Tahfiz Al-Hasani yang berada di bawah naungan syarikat.

    “Ini adalah hadiah kami kepada pelanggan,” katanya yang memberi jaminan akan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

    Gulam berkata, sebagai permulaan, e-jenazah diperkenalkan kepada penduduk Pulau Pinang sebelum diperluaskan ke negeri lain secara berperingkat sehingga meliputi seluruh negara menjelang akhir 2010 atau awal 2011.

    Ketika ini, kira-kira 1,000 orang sudah membeli pakej yang ditawarkan dan syarikat menyasarkan 50,000 akan menyertai pada akhir tahun ini di Pulau Pinang.

    “Kami akan memperluaskan e-jenazah ke Kedah pada Oktober ini dan Perak pada tahun depan. Kami mensasarkan 500,000 pelanggan apabila diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.

    Beliau turut menjelaskan kemungkinan orang ramai akan mempersoalkan syarikatnya kerana seolah-olah mengkomersialkan kematian dengan memberikan analogi berikut:

    “Kalau saya komersialkan perkara ini salah, pihak seperti Tabung Haji juga salah kerana mengkomersialkan fardu ain. Tetapi saya fardu kifayah. Tabung Haji memudahkan cara menunaikan haji dan saya memudahkan cara pengurusan jenazah. Ia sebagai amal jariah,” katanya.

    Info

    Pakej e-jenazah

    Pakej Seumur Hidup


    Individu - RM720

    Pasangan - RM1,200

    Keluarga - RM2,160

    Warga emas - RM840



    Pakej Tahunan

    Individu - RM60

    Pasangan - RM100

    Keluarga - RM180

    Warga emas - RM70



  • Caj proses pendaftaran RM20

  • Keluarga dengan maksimum dua anak, suami dan isteri. RM40 dikenakan untuk anak seterusnya.

  • Warga emas ialah mereka yang berusia 63 tahun ke atas bagi lelaki dan 70 tahun bagi wanita.

    Kaedah pendaftaran

    Melalui laman web: www.ejenazah.com

    Melalui SMS: jarakjarakjarak hantar kepada 32886

    Hotline: 1300 88 4554.

    Alamat syarikat: Anjung UrusJenazah Sdn Bhd, H-12-3 Lorong Bayan Indah 2, Bay Avenue, Queensbay, Sungai Nibong, 11900 Pulau Pinang.
  • Friday, July 17, 2009

    Kematian Yang Mulia

    Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

    1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

    2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

    3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

    "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

    4. Mati syahid di dalam medan perang.

    5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

    Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

    Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

    Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

    Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

    6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

    7. Mati kerana tenggelam.

    8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

    Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

    9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

    10. Mati terbakar.

    11. Mati kerana penyakit busung perut.

    Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

    12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

    Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

    13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

    14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

    15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

    16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

    Wednesday, July 15, 2009

    Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang


    KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.

    Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.


    Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan


    berdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

    Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.

    Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.

    Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.

    Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.

    Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.

    Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

    Tuntutan lain ialah:

    • Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
    • Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
    • Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
    • Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.
    Sumber itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka. - Bernama

    Saturday, June 27, 2009

    Pinjaman Perumahan Kerajaan Satu Peratus, 1%

    Ada baiknya pinjaman perumahan kerajaan patut dikaji semula dan diturunkan kepada satu peratus untuk mengurangkan beban kepada kaki tangan kerajaan seperti mana yang dibuat oleh PTPTN yang telah menurunkan kadar 'interes' dari 4% kepada 1%.
    Ini berketepatan dengan laporan Bernama berikut:

    40 peratus terima gaji tak sampai separuh: Cuepacs

    KUALA LUMPUR: Seramai 450,000 orang daripada 1.2 kakitangan awam menghadapi masalah hutang dan mereka perlu diberi perhatian khas kerana mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

    Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

    "Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya kepada Bernama.

    Friday, June 26, 2009

    Bank tawar pinjaman kepada petugas awam yang disenarai hitam

    Bank tawar pinjaman kepada petugas awam yang disenarai hitam


    PETALING JAYA: Sebuah bank utama tempatan bersetuju untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada petugas sektor awam walaupun mereka disenaraihitamkan sebagai peminjam ingkar oleh syarikat pengesahan kredit Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

    Bagaimanapun, syarat yang dikenakan ialah bayaran ansuran pinjaman atau pembiayaan peribadi perlu dibuat menerusi potongan gaji.

    Difahamkan langkah bank tersebut hasil inisiatif daripada hasrat meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh penjawat awam serta membebaskan mereka dari cengkaman ceti haram atau “Along”.


    Ketika menyambut baik langkah bank berkenaan, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) meminta bank-bank lain supaya mengikut langkah sama dengan menawarkan kemudahan seperti itu kepada 10 juta pekerja sektor swasta.


    Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, adalah baik bagi pihak bank mengurangkan kerenah birokrasi termasuk mendapatkan pengesahan rekod peminjam menerusi CTOS dan CCRIS bagi pemberian kemudahan pinjaman.

    Katanya, kerajaan serius dalam membanteras gejala Along dan pihak bank perlu membantu misi kebangsaan ini dan mencadangkan syarat supaya had pinjaman peribadi tidak melebihi RM50,000 untuk mereka yang disenaraihitamkan dan menjadikan mandatori untuk menggunakan pinjaman tersebut untuk melunaskan pinjaman tertangguh.

    Beliau meminta pekerja sektor swasta membantu majikan masing-masing dengan memudahkan potongan gaji bagi membayar ansuran pinjaman.

    Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah bank berkenaan kerana ia akan banyak membantu dan mencegah penjawat awam daripada dieksploitasikan peminjam haram.

    Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata langkah itu adalah cadangan kongres beberapa lama dulu dan bangga cadangan itu sudah dipersetujui sebuah bank. - Bernama

    Saturday, June 20, 2009

    Wednesday, June 17, 2009

    GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

    http://www.mampu.gov.my/mampu/pdf/pkpa012003.pdf

    GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

    http://www.mampu.gov.my/mampu/pdf/pkpa012003.pdf

    Larangan layari 39 laman web di pejabat

    Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar

    bhnews@bharian.com.my

    Penjawat awam elak unsur seks, hasutan: PM

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.

    Perdana Menteri berkata, kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.

    Ia termasuk menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.


    Selain itu memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen; menyedia dan menghantar maklumat berulang adalah gangguan juga disenaraikan.


    "Aktiviti menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah selain menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang membabitkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan juga melanggar tatacara penggunaan internet," katanya menjawab soalan bertulis Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

    Kok mahu mengetahui sama ada kakitangan kerajaan mempunyai kod etika penggunaan laman web kerajaan di pejabat.

    Najib berkata, aktiviti lain yang dilarang ialah menyalah guna kemudahan perbincangan awam atas talian; memuat naik, turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara.

    "Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan, menggunakan kemudahan sembang, menggunakan internet untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial dan politik.

    "Melakukan aktiviti jenayah, menyebarkan kod perosak yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain, memuat naik, turun dan menyimpan kad elektronik, video dan fail bersaiz 10 Megabait yang boleh menyebabkan kelembapan perkhidmatan dan operasi komputer," katanya.

    Najib berkata, pekeliling mengenai perkara itu boleh dicapai di laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di http:// www.mampu.gov.my. Laman web dan blog berunsur hasutan termasuk fitnah ialah www.shilesjack.com disekat.

    "Ada beberapa laman web dan blog yang dalam siasatan polis tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari. Sehingga kini sembilan suspek diambil tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan seorang oleh polis," katanya.

    Sementara itu, menjawab soalan bertulis dikemukakan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Perdana Menteri berkata, Bank Negara Malasia (Bank Negara) sentiasa memantau pematuhan terhadap garis panduan yang dikeluarkan ke atas pengeluar kad kredit dari semasa ke semasa.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, jika ada ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, Bank Negara berhak mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit mengikut akta Sistem Pembayaran 2003.

    Tuesday, June 16, 2009

    Penjawat awam dilarang guna capaian terus internet

    KUALA LUMPUR:, 16 Jun (Bernama) -- Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

    "Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet," kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Najib berkata, aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain.

    Katanya, penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara dalam talian seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan "chatting" melalui internet, menggunakan kemudahan internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.

    Najib berkata, kerajaan juga sudah menyekat beberapa laman web dan blog yang berunsur lucah serta berunsur hasutan manakala beberapa laman web dan blog yang sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari.

    Beliau berkata, sehingga kini sembilan orang sudah dikenakan tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan satu oleh PDRM.

    Dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Najib berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau pematuhan garis panduan kepada pengeluar kad kredit.

    "Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, BNM berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit terbabit di bawah kuasa yang termaktub di dalam Akta Sistem Pembayaran 2003 selepas kajian menyeluruh dilakukan ke atas ketidakpatuhan tersebut dan jenis tindakan yang diambil bergantung kepada tahap ketidakpatuhan," katanya. - Bernama

    Thursday, June 11, 2009

    Malaysia Ramai Pemimpin Sebenarnya

    Sekarang nie Malaysia ada ramai pemimpin baik dikalangan pemerintah mahu pun di pihak pembangkang. kan elok kalau semua memasang niat mentadbir dengan peranan masing-masing jika sebagai pembangkang.... membangkang dengan berkesan.... jika di pihak pemerintah memerintah le dengan adil.

    Jangan le bila berkuasa lupa dengan apa yang telah dikata semasa BELUM berkuasa dulu. Orang ramai kini inginkan yang telus dan benar baik di pihak pemerintah mahu pun pembangkang. Kalau pemerintah bila berkuasa lupa diri, sombong, hanya mahu disanjung sepanjang masa. ORANG akan BENCI. Jika pembangkang yang dah dapat KERUSI di Parlimen ASYIK mencerca dan mencaci rakyat akan lagi sakit hati...... 2 X 5 aje......

    Duduk le... berdebat demi untuk MEMAJUKAN negara.

    Malaysia Ramai Pemimpin Sbenarnya

    Senario politik masa kini aku rasa merupakan politik demokrasi yang paling subur dalam sejarah politik negara sejak mula merdeka hingga kini. Cuma sikap pemain dalam politik itu sendiri menunjukan politik Malaysia kini wujud kekalutan.

    Dikala ini juga Media yang memihak mana-mana kumpulan politik lebih cenderung kepada menulis dan memberatkan cerita sesebelah pihak saja. Tiada satu media yang menyampaikan berita seimbang yang mengatakan yang benar dan betoi... banyak cerita di mekup agar nampak cantik dimata orang ramai sama saja. sama ada media pemerintah atau pun media dibelah pembangkang.

    Suburnya demokrasi masa kini..... bermula dari sistem sekolah yang berjaya membentuk pemimpin yang ramai masa kini. Dulu tentunya pemimpin yang ada masa kini telah terlibat secara langsung atau tak segaja telah terlibat dalam pedebatan ala perlimen... sehingga dalam iklan pon ade.... KITA MINUM DULU..... Itu lah yang menghasilkan ramainya pemimpin dikedua-dua belah pihak. Yang pemerintahnya ramai yang berkeliber dan yang pembangkangnya ramai bijak pandai.....

    Kalau semua ini disatukan dengan NIAT ingin menjaga negara, bangsa malaysia dan kemakmuran negara. Maka jelaslah MALAYSIA sebenarnya mempunyai ramai pemimpin untuk memajukan negara ini.

    Jangan bila berkuasa .... sikap-sikap yang ramah, mesra, mudah tersenyum, pandai mengambil hati... telah hilang, sebalik rasa yang sentiasa ingin dihormati, disanjung, ditakuti akan memakan diri YB sendiri. Kerana pastinya yang disekelilingnya hanya ada orang mengampuuuuuu.

    Sikap pemimpin yang hanya suka dikelilingi orang-orang yang hanya ikut arahan saja pon tidak baik.... hanya merosakkan diri. Pemimpin sepatutnya dikelilingi orang yang berilmu, agar dapat memberi idea dan nasihat yang bernas. Kaki mengampu hanya nampak wang ringgit dan apa yang mereka dapat sahaja......

    Tuesday, June 2, 2009

    Kebesaran Allah (Batu Terapung)

    Bagaimana dengan batu yang merupakan pijakan Nabi saat isra' mi'raj? Di samping ini adalah gambar batu tersebut. Ia berada di Yerusalem, Palestin Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenali sebagai simbol Palestin, iaitu Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau masjid Kubah Batu berhampiran Masjid al-Aqsa

    Jadi, semoga kita tidak terburu-buru percaya dengan cerita-cerita heboh, ajaib dengan kisah-kisah islami atau dihubungkan dengan kekuasaan Allah.

    yang sebenarnya...............



    Monday, June 1, 2009

    Jangan keliru............???????


    The Collated Hadith of Isra' and Mi`raj

    In the name of Allah Most Merciful Most Beneficient Blessings and Peace upon the Messenger of Allah and his Family and Companions,

    As the Prophet, upon him blessings and peace, was in al-Hijr at the House (the semi-circular space under the waterspout which is open on both sides on the Northwest side of the Ka`ba), lying down at rest between two men (his uncle Hamza and his cousin Ja`far ibn Abi Talib), Jibril and Mika'il came to him. With them was a third angel (Israfil). They carried him until they brought him to the spring of Zamzam, where they asked him to lie on his back and Jibril took him over from the other two. (Another version says:) "The roof of my house was opened and Jibril descended."

    He split the Prophet's chest from his throat to the bottom of his belly. Then Jibril said to Mika'il: "Bring me a tast (a vessel, usually made of copper) of water from Zamzam so that I will purify his heart and expand his breast." He took out his heart and washed it three times, removing from it what was wrong. Mika'il went back and forth to him with the vessel of water from Zamzam three times.

    Then he brought him a golden vessel filled with wisdom and belief which he emptied into his chest. He filled his chest with hilm (intelligence, patience, good character), knowledge, certainty, and submission, then he closed it up. He sealed it between his shoulders with the seal of Prophethood.

    Then he brought the Buraq (lightning-mount), handsome-faced and bridled, a tall, white beast, bigger than the donkey but smaller than the mule. He could place his hooves at the farthest boundary of his gaze. He had long ears. Whenever he faced a mountain his hind legs would extend, and whenever he went downhill his front legs would extend. He had two wings on his thighs which lent strength to his legs.

    He bucked when the Prophet came to mount him. Jibril put his hand on his mane and said: "Are you not ashamed, O Buraq? By Allah, no-one has ridden you in all creation more dear to Allah than he is." Hearing this he was so ashamed that he sweated until he became soaked, and he stood still so that the Prophet mounted him.

    The other Prophets used to mount the Buraq before. Sa`id ibn al-Musayyib said: "It is the beast of Ibrahim which he used to mount whenever he travelled to the Sacred House."

    Jibril departed with him. He placed himself on his right while Mika'il was on his left. (In Ibn Sa`d's version:) The one holding his stirrup was Jibril and the one holding the reins of the Buraq was Mika'il.

    They travelled until they reached a land filled with datepalms. Jibril said to the Prophet: "Alight and pray here." He did so and remounted, then Jibril said: "Do you know where you prayed?" He said no. Jibril said: "You prayed in a tayba (land of pastures) and the Migration will take place there.

    The Buraq continued his lightning flight, placing his hooves wherever his gaze could reach. Jibril then said again: "Alight and pray here." He did so and remounted, then Jibril said: "Do you know where you prayed?" He said no. Jibril said: "You prayed in Madyan (a city on the shore of the Red Sea bordering Tabuk near the valley of Shu`ayb) at the tree of Musa" (where Musa rested from fatigue and hunger during his flight from Fir`awn).

    The Buraq continued his lightning flight, then Jibril said again: "Alight and pray here." He did so and remounted, then Jibril said: "Do you know where you prayed?" He said no. Jibril said: "You prayed at the mountain of Sina' (Mount Sinai) where Allah addressed Musa."

    Then he reached a land where the palaces of Syria became visible to him. Jibril said to him: "Alight and pray." He did so and remounted, then the Buraq continued his lightning flight and Jibril said: "Do you know where you prayed?" He said no. Jibril said: "You prayed in Bayt Lahm (Bethlehem), where `Isa ibn Maryam was born."

    source: http://mcnods.fotopages.com/?entry=816930

    Wednesday, May 27, 2009

    Kawal perisian ketika proses start-up


    Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalam komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.

    Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebihlebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan.

    Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat di dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.

    Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan.

    Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam 'System Tray', ikuti langkah berikut: 1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG Gambar Tip1 2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2 3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan.

    Tekan OK apabila selesai.

    4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan 'restart'.

    5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer selepas senarai diubah.

    6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.

    Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu.

    Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.

    Jangan lupa untuk mengikuti ruangan teknologi ini yang juga disiarkan melalui Klasik Nasional FM setiap hari bekerja jam 7.30 pagi, KLFM jam 8 pagi, KedahFM pada 7.45 pagi, MutiaraFM, jam 8.30 pagi setiap Ahad dan PerlisFM pada 8.30 pagi setiap Rabu. Rakaman siaran dan artikel yang lepas boleh diperoleh di azli.dapat.com.

    Pertanyaan boleh dihantarkan ke azli@dapat.com.

    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/TipTrik/20071024102920/Article/indexp_html

    Sunday, May 17, 2009

    Pokok Yahudi Laknat

    PERISTIWA POKOK BERKATA-KATA DIPALESTINE

    PERISTIWA POKOK BERKATA-KATA DIPALESTINE......
    Kenyataan akhbar ini pasti akan menimbulkan berbagai persoalan dan perbincangan sama ada untuk menyokong atau menolak perkara ini. Adakah benar pokok-pokok berkata-kata di Ramallah? Dan adakah ini bermakna tanda-tanda kiamat telah mula timbul? Jesteru itu akhbar "Afaq Arabiah" milik Ikhwan Muslimin di Mesir keluaran 15 Mei 2002 telah berjaya mendapat laporan yang lengkap mengenai perkara ini dari sumbernya di Palestin. Pihak akhbar telah menghubungi Syeikh Ahmad Yassin, Pemimpin Gerakan Islam HAMAS di Palestin melalui telefon dan beliau menegaskan :
    "Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda bagi kemenangan Islam, dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian daripejuang kami yang syahid di dalam pertempuran,jasad-jasad mereka berbau harum ketika hendak dikebumikan".
    Syeikh Ahmad Yassin menyatakan semasa dihubungi oleh pihak akhbar melalui telefon :
    "Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengenai pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telah pun berlaku dan masa akan datang akan menyaksikan tanda-tanda lain dari dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dari berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah SWT akan datang dan ianya tidak mustahil berlaku. Perkara ini juga mengembalikan kekuatan barisan pejuang-pejuang Islam di Palestin. Ini juga memberikan makna yang besar kepada kami bahawa musuh kami akan hancur dan musnah dengan izin dari Allah SWT dan kami yakin dengan Sabda Baginda SAW : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam

    memerangi orang-orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan

    bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan

    orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata

    kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini

    Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia !" Kecuali pohon 'Gharqad' kerana

    sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".
    Syeikh Ahmad Yassin menjelaskan bahawa pokok-pokok berkata-kata adalah tanda awal kemenangan bagi pejuang-pejuang kebenaran yang tidak akan ditimpa kehinaan dan kelemahan seperti yang dijelaskan didalam hadis Rasulullah SAW :
    "Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan

    kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh orang-orang

    yang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka Baginda SAW : " Siapakah mereka Wahai Rasulullah ? Manusia dari

    umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung(mujahid-mujahid)

    di Baitul Muqaddis".
    Berikut adalah laporan peristiwa tersebut yang disampaikan oleh Syeih Ahmad Yassin di mana lebih kurang pukul 8.30 pagi hari Ahad selepas hari serangan terakhir Yahudi terhadap Ramallah, tiga orang pemuda Palestin keluar untuk menuju ke hospital pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Israel. Semasa di pertengahan jalan, mereka melihat seorang penduduk Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Mereka berpandangan di antara satu sama lain dan mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut. Mereka menghampiri Yahudi tersebut secara sembunyi-sembunyi supaya kedatangan mereka tidak disedari oleh Yahudi tersebut tetapi mereka mendapatinya telah melarikan diri. Mereka terus berusaha mencari dan mengepung Yahudi tersebut sehingga ke sebuah jalan mati tetapi mereka tidak berjaya menemui Yahudi tersebut. Ketika mereka hendak pulang mereka mendengar satu suara memanggil mereka. Pada sangkaan mereka itu adalah khayalan mereka apabila mereka gagal mencari punca dari mana suara itu datang dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka ke hospital. Sekali lagi mereka mendengar suara tersebut berulang-kali memanggil mereka dan akhirnya merekamendapati bahawa suara itu datang dari belakang salah satu dari pokok-pokok yang berhampiran dengan mereka. Pada sangkaan mereka suara itu adalah dari salah seorang mangsa serangan Yahudi tempohari yang memanggil mereka untuk meminta pertolongan. Ketika mereka sampai berhampiran dengan pokok tersebut mereka mendengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat dan membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokoktersebut. Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok tersebut dan mereka terus mengepung dan membunuh Yahudi tersebut. Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi . Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa tersebut kepada pihak hospital. Dalam beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai ke pengetahuan Yahudi yang mencari-cari punca sebenar pembunuhan Yahudi tersebut. Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di tempat kejadian. Saluran berita Qatar telah menyebarkan berita mengenai peristiwa ini melalui akhbar dan media massa dan mengiktibarkan bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat danini adalah satu peluang bagi penduduk Palestin untuk mencapai pertolongan dari Allah yang semakin hampir. Berdasarkan dari apa yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Doktor Abdul Aziem al-Mutni'ie - pensyarah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar menegaskan : "Kami tidak ragu-ragu untuk menerima perkara tersebut kerana ianya telah jelas disebut di dalam hadis Baginda SAW dan ini bermakna, peristiwa ini tidak bercanggah dengan hadis dan kerana tidak ditentukan di dalam hadis apabila pokok berkata-kata maka kiamatakan terjadi esok. Tidak diragui lagi bahawa umur dunia yang telah berlalu lebih banyak dari yang tinggal. Oleh itu tidak perlu diragui lagi tentang peristiwa ini lebih-lebihlagi ianya disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin. Ini adalah peluang yang baik bagi umat Islam dan salah satu dari tanda-tanda pertolongan Allah SWT. Petikan dari akhbar "Afaq Arabiyah",Kaherah,Mesir

    sumber: http://www.scribd.com/doc/7692963/PERISTIWA-POKOK-BERKATA2

    Pokok Israel (Yahudi Laknat)

    Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ". Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad. Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa. Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

    Sunday, May 10, 2009

    Toyota

    Wednesday, May 6, 2009

    SAHAM AMANAH : MODAL TERHAD, PULANGAN LUMAYAN

    'Menabunglah untuk masa depan anda.' Semua orang tahu ini tetapi masalahnya ramai menganggap remeh dan menangguhnya - aahh...esoklah, bulan depanlah, tahun depanlah, tak apalah tunggu umur 30, 40, akhirnya 55 tahun.


    Mengharapkan duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ata pencen sahaja tidak cukup untuk menyara hidup yang semakin hari semakin tinggi perbelanjaannya. Pelaburan bijak harus dibuat untuk memastikan wang penat lelah dilaburkan pada tempat yang membolehkan wang itu berkesan memberi pulangan tinggi.


    Antara cara digemari ialah melabur dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Bagi mereka yang tidak berpeluang melabur dalam BSKL, saham amanah (Unit Trust) cara paling sesuai untuk mendapatkan pulangan tinggi seperti bursa saham. Tetapi, kita haruslah faham mengenai saham amanah dahulu sebelum membelinya.


    Sebenarnya saham amanah wujud sejak kurun ke-18 di kota London tetapi hanya terkenal di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia pada tahun 70-an. Di Malaysia, saham amanah pertama diperkenal pada 1959, iaitu First Malaysian Fund, ia dilancarkan Malaysian Unit Trust Ltd iaitu syarikat saham amanah yang pertama di Malaysia.


    Selepas itu beberapa jenis saham amanah dilancarkan tetapi tidak mendapat sambutan hinggalah pada 1981, Amanah Saham Nasional (ASN) diperkenalkan kerajaan untuk menolong meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pelaburan. Sejak itu, saham amanah mula digemari kerana pulangannya memberangsangkan.Hingga 31 Disember, 1999, ada 95 dana diurus 32 buah syarikat membabitkan 47.3 billion unit bernilai lebih kurang RM33.7 billion.


    Saham amanah dikhususkan untuk mereka yang bermodal terhad dan tidak ingin ketinggalan mendapat pulangan lumayan tetapi tidak mampu mengambil risiko tinggi dengan melabur terus dalam saham terbuka. Wang golongan ini dikumpul menjadi satu dana amat besar bernilai berbillion-billion ringgit. Kemudian dilaburkan dalam pelbagai sektor pelaburan seperti pasaran saham, sekuriti kerajaan, bon, simpanan tetap, hartanah dan pelaburan lain yang dibenarkan Suruhanjaya Sekuriti.


    Saham amanah bukan untuk pelaburan jangka pendek seperti pasaran saham yang keuntungan diperolehi dalam masa sehari dua, seminggu ataupun sebulan. Ini kerana harganya ada pertalian dengan indeks komposit yang kerap turun dan naik. Saham amanah dicadangkan untuk jangka masa sederhana tiga hingga lima tahun atau jangka panjang lima hingga 20 tahun. Pada jangka panjang, dengan terkumpulnya bonus dan dividen setiap tahun, saham amanah terbukti memberi pulangan lebih baik daripada pasaran terbuka.


    Lazimnya, wang ini hasil tabungan yang tidak akan dicuit kerana ia bermatlamat tertentu seperti simpanan hari tua atau untuk membeli rumah impian, melancong di luar negara atau kegunaan perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran. Apabila melabur dalam saham amanah, pejam mata dan biarkan wang itu berganda setiap tahun daripada bonus dan dividen.

    Antara Kebaikan Saham Amanah

    Modal Minimum - Dengan serendah RM500 anda boleh menikmati pelbagai jenis pelaburan dan tambahan pelaburan pada bila-bila masa dengan serendah RM50.
    Pengurus Dana Berpengalaman - Wang anda diurus oleh pasukan pengurus dana yang arif, berpengalaman dan dibekali kepakaran menjalankan penyelidikan meluas dalam mencari peluang pelaburan. Lazimnya, kita tiada kepakaran dan masa untuk mengawasi dan mengurus secara giat pelaburan yang pelbagai. Serahkan segala kebimbangan itu kepada pengurus yang pakar agar anda boleh tidur malam dengan lena.

    Kepelbagaian - "Jangan letakkan semua telur di dalam satu raga." Dalam pasaran saham amanah, andai anda mempunyai satu jenis dana, anda sebenarnya menikmati faedah lebih kurang 30 - 100 jenis saham bernilai tinggi seperti Tenaga Nasional, Telekom, MAS, Sime Darby dan banyak lagi. Dengan satu syarikat pengurusan sahaja anda boleh mempelbagaikan jenis dana anda. Jika anda mempunyai tiga jenis dana, bermakna ada lebih 300 jenis saham! Jika 100 saham tidak menguntungkan, anda ada lagi 200 saham yang menguntungkan. Bukankah ini mengurangkan risiko dibandingkan orang perseorangan yang tidak berpeluang berbuat begitu?

    Kecairan - Jika anda ingin menjual rumah kerana memerlukan wang segera, anda terpaksa menunggu begitu lama untuk mencari pembeli dan proses jualannya. Anda tidak boleh menjual sebahagian rumah seperti bilik tidur atau ruang tamu sahaja. Kalau memegang saham, anda juga terpaksa mencari broker dan menunggu pembeli membeli saham anda. Saham amanah mempunyai syarikat pengurusan yang sentiasa bersedia membeli semua atau sebahagian sahaja saham ingin dijual.

    Mengatasi Kadar Inflasi - Anda harus sedar, RM10,000 sekarang berbeza dengan 10 tahun dahulu. Setiap tahun harga naik dan wang anda susut nilainya. Ahli ekonomi berkata kadar inflasi di antara 4 - 7 peratus pada dekad ini dan mungkin dekad mendatang. Yuran pengajian tinggi di luar negara pula meningkat dengan kadar lapan peratus setahun. Jika kadar inflasi enam peratus maka anda terpaksa menyimpan wang di tempat yang boleh memberikan pulangan lebih daripada enam peratus setahun. Itu pun tidaklah berapa elok. Sebaiknya anda mempunyai lebihan mengatasi kadar inflasi. Saham amanah di Malaysia menunjukkan purata pulangan 12 - 15 peratus dengan pemberian dividen atau bonus. Jika dana anda itu jenis agresif, anda boleh mendapat keuntungan lebih daripada 15 peratus dengan kenaikan harga saham.


    Tiada pelaburan yang tidak berisiko. Jika takut risiko dan menyimpan wang anda di rumah selama setahun, maka susutlah nilai wang anda dimakan inflasi. Jika anda mahukan risiko rendah, maka pulangannya juga rendah. Jika pulangannya teramat tinggi, maka lebih tinggilah lagi risikonya. Seelok-eloknya, biarlah yang sederhana risikonya tapi memadai pulangannya seperti saham amanah. Amalkan tabiat menabung dan melabur sejak muda kerana risikonya dapat dikurangkan pada jangka panjang.


    Perancangan yang teliti menjamin kehidupan dan hari persaraan anda. Pada keluaran lain, kita akan bincang bagaimana kerajaan memandang serius kepentingan pelaburan dan membenarkan wang KWSP dikeluarkan daripada Akaun Satu untuk dilaburkan dalam saham amanah.Sebelum membuat keputusan melabur dalam sesuatu saham amanah, anda dinasihatkan membaca kandungan prospektus, meneliti dan memahami sesuatu dana itu dan prestasi syarikat pengurusan.

    Jelita Oktober 2000 Ms 104

    Thursday, April 30, 2009

    Malaysia on high alert


    Reports by LEE YUK PENG, AUDREY EDWARDS, LOH FOON FONG, MUGUNTAN VANAR, CLARA CHOOI, EMBUN MAJID, CHRISTINA CHIN and ANN TAN

    KUALA LUMPUR: The Govern­ment is now on “high alert” after the World Health Organi­sation (WHO) raised the swine flu alert to Phase Five, meaning that a worldwide pandemic is imminent.

    Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai, however, urged the public to stay calm. He also said that to date, no cases had been reported in Malaysia.

    “The National Influenza Pan­demic Preparedness Plan is working well,” he told reporters after taking part in a live interview session here yesterday.

    Under the plan, the ministry will go all out to raise awareness on swine flu by distributing to all states multilingual leaflets, posters and VCDs on proper ways to wash hands and wear masks as well as the dos and don’ts about hygiene, said Liow.

    All doctors at private clinics, he added, have been told to contact the ministry immediately if they detect any symptoms of swine flu.

    The ministry has two million doses of Tamiflu and Relenza anti-viral medication and is trying to top up the stockpile with an additional 10%, he added.

    Liow said the ministry had also issued a swine flu travel advisory on its website.

    He said the National Pandemic Preparedness Committee chaired by Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican would meet with representatives from non-governmental organisations and government staff on Monday.

    The ministry, he said, would ask for at least RM10mil extra from the Government to provide vaccinations for 200,000 frontliners including doctors, nurses, police and immigration personnel.

    On an apparent flu scare on Wednesday, Liow said that two men who had travelled to Mexico and the United States had been discharged from Sungai Buloh Hospital yesterday after they were found to had the normal flu.

    “I am thankful that they informed the ministry about their visit to the countries recently,” he added.

    Ismail said the Information Ministry would work with the Health Ministry to spread the health advisory to the public.

    “It also includes the private mass media,” he said in a statement yesterday.

    Dr Ismail also said the Institute for Medical Research is the referral laboratory for the testing of the swine flu virus A/H1N1.

    The institute, he said, was prepared to accept specimens of suspected swine flu cases, adding that the technical committee on flu pandemic would also meet more frequently.

    How to protect yourself

    Practise general preventive measures for influenza:

    • Avoid close contact with people who appear unwell and who have fever and cough.

    • Wash your hands with soap and water frequently and thoroughly.

    • Practise good health habits including adequate sleep, eating nutritious food and keeping physically active.

    If there is a sick person at home:

    • Try to provide the sick person a separate section in the house. If this is not possible, keep the patient at least one metre in distance from others.

    • Cover mouth and nose when caring for the sick person. Masks can be bought commercially or made using readily available materials as long as they are disposed of or cleaned properly.

    • Wash your hands with soap and water thoroughly after each contact with the sick person.

    • Try to improve the air flow in the area where the sick person stays. Use doors and windows to take advantage of breezes.

    • Keep the environment clean with readily available household cleaning agents.

    If you feel unwell, have high fever, cough and/or sore throat:

    • Stay at home and keep away from work, school or crowds as much as possible.

    • Rest and take plenty of fluids.

    • Cover your mouth and nose with disposable tissues when coughing and sneezing and dispose of the used tissues properly.

    • Wash your hands with soap and water frequently and thoroughly, especially after coughing or sneezing.

    • Inform family and friends about your sickness and seek help for household chores that require contact with other people such as shopping.

    Related Stories:
    Swine Flu FAQ
    WHO raises alert to Phase Five
    Expert: Outbreak could be as serious as 1918 Spanish flu
    Preparing for the worst
    Travellers screened at entry point