KUALA KANGSAR 10 Feb. - Tiga muka baru Exco Kerajaan Negeri Perak yakin mereka mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan berkesan dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Hamidah Osman berkata, jawatan yang disandang itu bukan untuk berseronok kerana cabaran besar menanti mereka dalam memikul tanggungjawab tersebut. "Masa untuk meraikan jawatan ini tiada, kita kena terus memulakan langkah bekerja kuat dan melaksanakan perancangan mapan bagi memulihkan keyakinan rakyat.
"Peralihan kuasa ini adalah ketentuan Allah. Ia qada dan qadar Allah yang membolehkan BN memerintah semula negeri ini. Saya amat berharap semua rakyat dapat menerima kenyataan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan Exco di sini hari ini. Sementara itu, ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin berkata, BN perlu mempergiatkan usaha mendekati generasi muda yang kurang memberi sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Jelas beliau, seluruh pemimpin di peringkat pemuda BN perlu menggembling tenaga dan memberi komitmen penuh bagi melaksanakan tugas berkenaan yang pastinya mencabar. "Golongan muda zaman sekarang sudah jauh berubah berbanding dahulu. Mereka kini amat kurang bertumpu di padang-padang bola, mereka lebih cenderung kepada aktiviti dunia siber.
"Jadi pemimpin muda BN kena berubah dengan pantas dan bersama mereka jika mahu meraih sokongan generasi muda pada pilihan raya umum akan datang," katanya. ADUN Kamunting, Mohammad Zahir Abdul Khalid pula berkata, kerajaan negeri BN akan berusaha sebaik mungkin memastikan rakyat negeri ini bebas daripada sebarang masalah ekoran kemelut ekonomi dunia. Katanya, cabaran meningkatkan ekonomi rakyat tanpa mengira kaum amat berat dan hanya BN yang terbukti mampu membela rakyat daripada dihimpit kemelesetan ekonomi seperti yang berlaku sekarang.
"Kita bukan saja sedang berhadapan dengan kemelut ekonomi tetapi juga kemelut politik. Kedua-dua elemen ini perlu sentiasa kukuh. Kita kena bersatu untuk memastikan dua elemen ini sentiasa stabil. "Jika keadaan ekonomi negeri ini tidak kukuh golongan yang akan menderita adalah rakyat bawahan, jadi BN perlu tunjuk kewibawaan dan membuktikan kebajikan rakyat di negeri ini dijaga tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik," katanya.
sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info

No comments:
Post a Comment