Salam

SELAMAT DATANG KE BLOG CHIK DIN. SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA UNTUK BLOK INI,SEGALA KOMEN ANDA dSILAkan kat ruang Comment tu.. Tq By By -laman web terkini-

Monday, March 9, 2009

Youtube, Facebook, Friendster medium iklan canggih

PULAU PINANG 8 Mac – Penganjuran projek Pameran Pemenang Anugerah Pengiklanan (Adwave) pada masa depan akan lebih memfokuskan kepada penggunaan medium baru pengiklanan.

Penasihat projeknya, Prof. Madya Mohammad Md. Yusoff berkata, laman blog seperti Youtube, Facebook dan Friendster merupakan antara yang berpotensi untuk diperluaskan penggunaannya sebagai medium pengiklanan.

“Penganjuran Adwave yang memberi peluang kepada para pelajar mempamerkan bakat kreatif dalam bidang pengiklanan, sebelum ini lebih tertumpu kepada seni kreativiti mereka.

“Bagaimanapun, dengan perkembangan pantas pelbagai teknologi terkini dan penggunaannya yang meluas pada masa sekarang, kita mengambil langkah untuk fokus kepada medium baru ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas majlis kemuncak Adwave 2009 bertemakan Awakening Minds yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Lim Koon Ong.

Turut hadir Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Danny Law Heng Kiang; Dekan Pusat Pengajian Komunikasi USM, Prof. Adnan Hussein dan Pengarah Urusan Utusan Media Sales Sdn. Bhd., Adi Satria Ahmad.

Pada majlis dinamakan ‘Hari Anugerah Adwave’ itu, Adi Satria turut menyerahkan cek sumbangan RM5,000 kepada Koon Ong untuk penajaan penganjuran Adwave.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, beliau berharap program itu dapat dianjurkan berterusan kerana ia merupakan pentas terbaik bagi pelajar bidang berkaitan menunjukkan serta menyerlahkan bakat kreatif mereka.

“Saya juga gembira kerana pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan serta penajaan bagi menjayakan kempen Adwave ini dan tahun ini merupakan satu rekod kerana kita telah menerima jumlah tajaan mencecah RM1.5 juta,” ujarnya.

Adwave merupakan satu acara berprestij yang dianjurkan setiap tahun oleh pelajar tahun akhir Program Komunikasi Pemujukan USM dan ia terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Dalam penganjuran kali ke-12 ini, kempen yang bermula 15 Januari lalu hingga hari ini mengadakan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan pengiklanan kreatif dengan kerjasama pihak swasta selain turut menganjurkan tiga bengkel.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm

No comments:

Post a Comment