Salam

SELAMAT DATANG KE BLOG CHIK DIN. SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA UNTUK BLOK INI,SEGALA KOMEN ANDA dSILAkan kat ruang Comment tu.. Tq By By -laman web terkini-

Saturday, March 14, 2009

Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?

Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?
Mar 14, 09 7:23pm
Berita kurang baik untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - kadar dividen bagi tahun 2008 dijangka serendah 4.5 peratus.

Berita itulah yang dimaklumkan oleh kesatuan sekerja kepada ahli-ahli mereka, dakwa sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Menurut mereka, kadar itu terlalu rendah walaupun prestasi KWSP adalah baik dalam tempoh sembilan bulan pertama 2008 sepertimana dalam pengumuman keputusan prestasinya bagi suku ketiga tahun lalu.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, pencarum mengharapkan kadar dividen yang lebih baik kerana KWSP mendakwa pihaknya telah melabur dengan bijaksana dalam sekuriti jangka panjang.

"KWSP patut berkongsi keuntungannya dengan membayar kadar dividen yang lebih tinggi kerana kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan ribuan orang hilang pekerjaan," tambahnya.

Anggota Majlis Eksekutif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A Sivananthan juga berkata, beliau mendapat tahu bahawa dividen KWSP bagi 2008 adalah 4.5 peratus.

Ekoran itu, beliau berkata KWSP sepatutnya menukar para penasihat pelaburannya kerana kadar dividen tersebut, hanyalah separuh daripada dividen yang dibayar oleh Permodanan Nasional Berhad (PNB)>

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/100232

No comments:

Post a Comment