Salam

SELAMAT DATANG KE BLOG CHIK DIN. SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA UNTUK BLOK INI,SEGALA KOMEN ANDA dSILAkan kat ruang Comment tu.. Tq By By -laman web terkini-

Friday, June 26, 2009

Bank tawar pinjaman kepada petugas awam yang disenarai hitam

Bank tawar pinjaman kepada petugas awam yang disenarai hitam


PETALING JAYA: Sebuah bank utama tempatan bersetuju untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada petugas sektor awam walaupun mereka disenaraihitamkan sebagai peminjam ingkar oleh syarikat pengesahan kredit Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Bagaimanapun, syarat yang dikenakan ialah bayaran ansuran pinjaman atau pembiayaan peribadi perlu dibuat menerusi potongan gaji.

Difahamkan langkah bank tersebut hasil inisiatif daripada hasrat meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh penjawat awam serta membebaskan mereka dari cengkaman ceti haram atau “Along”.


Ketika menyambut baik langkah bank berkenaan, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) meminta bank-bank lain supaya mengikut langkah sama dengan menawarkan kemudahan seperti itu kepada 10 juta pekerja sektor swasta.


Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, adalah baik bagi pihak bank mengurangkan kerenah birokrasi termasuk mendapatkan pengesahan rekod peminjam menerusi CTOS dan CCRIS bagi pemberian kemudahan pinjaman.

Katanya, kerajaan serius dalam membanteras gejala Along dan pihak bank perlu membantu misi kebangsaan ini dan mencadangkan syarat supaya had pinjaman peribadi tidak melebihi RM50,000 untuk mereka yang disenaraihitamkan dan menjadikan mandatori untuk menggunakan pinjaman tersebut untuk melunaskan pinjaman tertangguh.

Beliau meminta pekerja sektor swasta membantu majikan masing-masing dengan memudahkan potongan gaji bagi membayar ansuran pinjaman.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah bank berkenaan kerana ia akan banyak membantu dan mencegah penjawat awam daripada dieksploitasikan peminjam haram.

Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata langkah itu adalah cadangan kongres beberapa lama dulu dan bangga cadangan itu sudah dipersetujui sebuah bank. - Bernama

No comments:

Post a Comment