Salam

SELAMAT DATANG KE BLOG CHIK DIN. SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA UNTUK BLOK INI,SEGALA KOMEN ANDA dSILAkan kat ruang Comment tu.. Tq By By -laman web terkini-

Saturday, January 31, 2009

Mat rempit kepala angin

Kajian UKM mendapati pelumba motosikal haram antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara SEKS di atas motosikal. Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka. Tindakan liar dan tidak bermoral itu adalah antara pengakuan mat rempit dan minah rempit berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail.
Kajian akademik pertama mengenai isu mat rempit itu juga mendedahkan peningkatan pembabitan remaja Melayu yang mencapai 95 peratus daripada keseluruhan mat rempit seluruh negara, berbanding kajian kali pertama pada 2002 yang merekodkan 80 peratus. Dr Rozimi menjalankan kajian mengikut geran penyelidikan UKM secara berperingkat selama enam tahun bermula 2002 hingga 2006 membabitkan tiga tajuk kajian Kajian pertama bertajuk ‘Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (2000 hingga 2002) diikuti kajian kedua bertajuk ‘Faktor Pembabitan Mat Rempit (2003-2004). Seterusnya, kajian terbaru berjudul ‘Pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah’ lebih kepada melihat tahap serta jenis jenayah berpunca daripada golongan berkenaan.
Oleh Mohd Azis Ngahazis@bharian.com.my

No comments:

Post a Comment