Salam
Saturday, January 31, 2009
Mat rempit kepala angin
Friday, January 30, 2009
50,000 kakitangan awam terjebak skim cepat kaya
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Ancaman baru dalam perkhidmatan awam.
Itu gambaran penglibatan kira-kira 50,000 kakitangan awam di seluruh negara dalam skim cepat kaya.
Umpama wabak mudah berjangkit, keadaan itu bertambah buruk apabila ada kalangan pegawai atasan termasuk ketua jabatan turut terlibat menganjurkan skim tersebut.
Penglibatan pegawai atasan itu menyebabkan ramai kakitangan bawahan terjebak secara rela atau 'terpaksa' sehingga menghimpunkan angka sebesar itu.
Malah bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman, beliau tidak terkejut sekiranya jumlah kakitangan awam yang terlibat dengan skim itu lebih ramai.
"Bagi CUEPACS kita tidak terkejut sekiranya jumlah itu mungkin lebih lagi, ya lah semua tahu bagaimana 'berhantu' skim ini, ramai yang boleh terpengaruh termasuk rakyat yang bijak pandai.
"Berdasarkan maklumat kita, dalam perkhidmatan awam dari atas, tengah sampai ke bawah terlibat.
''Jadi saya harap tindakan segera diambil, jangan sampai terlambat sehingga mengancam kakitangan awam kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Berikutan kebimbangan ancaman skim cepat kaya, Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2/2009, yang berkuat kuasa 13 Januari lalu dikeluarkan.
Ia bertujuan melarang kakitangan awam di semua peringkat daripada membabitkan diri dalam skim itu sama ada sebagai penganjur, pengantara atau pelabur.
Pekeliling itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam.
Pekeliling turut meliputi kakitangan badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan negeri.
Mereka yang terbabit dalam skim berkenaan diarah menghentikan aktiviti itu serta-merta atau berdepan tindakan disiplin.
Omar menambah, dalam hal ini Cuepacs sedia bekerjasama dengan JPA khususnya untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan.
Katanya, masih ramai yang tidak berani tampil mendedahkan hal tersebut secara rasmi kerana bimbang diambil tindakan dan sebagainya.
"Saya harap kita cari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan semua. Jangan bila ada yang dedah, kita yang kena, orang atas yang terlibat sama tak kena pula. Itu yang mereka takut.
"Jadi setidak-tidaknya apabila JPA keluarkan pekeliling memberi peringatan mengenai hal ini, CUEPACS sememangnya menyokong. Ia jadi satu penegasan jelas supaya kita tidak terlibat," jelasnya.
Sementara itu, Ismail memberitahu, pekeliling tersebut dikeluarkan untuk mengingatkan lebih satu juta kakitangan awam agar tidak terlibat dengan gejala ini.
Kata beliau, ini bukan bermakna skim cepat kaya telah menular dengan meluas di kalangan kakitangan awam tetapi langkah awal untuk pencegahan.
"Saya tiada angka sebenar tentang berapa ramai yang terlibat. Cuma kalau nak dianggarkan, saya percaya jumlahnya tidak mencapai angka yang boleh dianggap besar.
"Selain pekeliling, kakitangan awam turut terikat dengan peraturan disiplin yang lain. Saya harap mereka faham," ujarnya.
sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/
Monday, January 26, 2009
Lagenda Lambor


Lagenda ikan tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja
Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.
Tempayan tempat menyimpang emas ikan Tapah.
Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.
Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya
Saturday, January 24, 2009
Kata Chedet
sumber.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/01/pilihanraya-kecil-kuala-tereng.html#more
1. Rencana ini telah ditulis semasa pilihanraya sedang berjalan. Saya pilih untuk tidak menyiarkannya pada masa itu supaya tidak dituduh mencuba mempengaruhi keputusan. Saya telah dikritik oleh seorang ahli UMNO kerana rencana saya berkenaan dilema pengundi. Rencana ini adalah sebagai jawapan kepada pengkritik saya.
2. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihanraya kecil ini iaitu saya tidak memihak kepada sesiapa.
3. Bahawa bagi sesetengah ahli UMNO pilihanraya ini penting, itu adalah pendapat mereka. Bagi saya pilihanraya kecil ini penting kepada UMNO jika ahli-ahli dan pemimpinnya dapat faham dan mengambil iktibar dari keputusannya. Saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihanraya Mac 2008.
4. Saya adalah bekas ahli UMNO dan saya amat sayang kepada UMNO yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan UMNO dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.
5. Kata pepatah Melayu, "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan."
6. Sayang yang buta tuli bukan sahaja tidak baik bagi yang sayang tetapi juga yang disayangi.
7. UMNO dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan UMNO yang sebenar.
8. Dengan itu ahli-ahli UMNO pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan negara.
9. Majoriti ahli UMNO setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". Kesetiaan rakyat pada Raja ada batasannya. Demikian juga kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.
10. Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.
11. Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak UMNO sekarang:
a) Sanggup meletak wilayah negara sendiri dibawah kuasa Singapura apabila mendakwa pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu dapat persetujuan Kerajaan Singapura.
b) Memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan Kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka. Hampir semua dari mereka ini kalah.
c) Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.
d) Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari KabinEt.
e) Penjualan M.V. Agusta yang dibeli dengan harga RM300 juta, tetapi dijual dengan harga RM4.00. Pembeli M.V. Agusta ini kemudian menjualnya dengan harga RM500 juta - untung RM499,999,996 juta.
f) Mengguna wang secara terbuka untuk mendapat sokongan dari cawangan-cawangan UMNO. Apabila didakwa oleh ketua bahagian, ia digantung. Laporan polis dan BPR yang dibuat oleh veteran UMNO tidak dipedulikan.
12. Kesan dari kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral ialah perkembangan menyeluruh politik wang semasa pencalonan oleh bahagian-bahagian.
13. Orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah berjaya mendapat cukup bilangan undi untuk jadi calon dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac. Sekaligus ternampak jelas yang ahli-ahli UMNO utamakan duit dan bukan perjuangan untuk bangsa, agama dan Negara.
14. Besar kemungkinan orang yang guna wang ini yang akan dipilih dalam pemilihan bulan Mac oleh wakil-wakil yang telah disogok.
15. Sudah tentu mereka ini akan mengetuai Kerajaan kemudian.
16. Kita akan dapat Kerajaan UMNO yang tidak bermoral dan rasuah.
17. UMNO di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.
18. Apabila dikecam pemimpin UMNO pohon maaf dan tunduk kepada pengecam. Sebaliknya jika orang UMNO mengecam parti lain, mereka digantung.
19. Semua isyarat menunjuk bahawa UMNO akan ditewas dan hancur dalam Pilihanraya Umum ke-13.
20. Saya akui saya yang pilih Dato Abdullah, Mr Clean. Saya akui juga saya tidak pandai pilih. Lihat sahaja Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan ramai dari Menteri-Menteri yang mengutuk saya apabila sahaja saya tidak jadi PM lagi.
21. Memilih semasa saya tidak tahu perangai seseorang adalah tidak bijak. Tetapi meneruskan sokongan apabila saya sudah tahu keburukan yang dilakukan oleh orang pilihan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
22. Saya tidak cari untuk saya disukai ramai. Saya bertindak atas pendirian yang pada hemat saya adalah baik walaupun saya akan jadi tidak popular.
23. Hanya kerana saya dahulu menjadi pemimpin UMNO tidak bermakna saya mesti terus menyokong UMNO setelah UMNO menyimpang dari perjuangan asalnya dan sudah jadi parti milik perasuah yang hanya utamakan kepentingan diri masing-masing, yang hanya menyertai UMNO untuk dapat duit sogokan, mendapat peluang perniagaan, menjadi Menteri dan Perdana Menteri.
24. Percayalah, apabila dalam Mesyuarat Agong Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agong menang, UMNO akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan UMNO akan kalah pada PRU 13. Selepas itu UMNO akan terkubur dan mereka yang membawa kehancuran pada UMNO kerana wang dan keuntungan bagi diri sendiri akan dikutuk oleh orang Melayu turun temurun.
25. Biarlah kekalahan UMNO di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada UMNO. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin UMNO.
Thursday, January 22, 2009
Aku Tak Yakin Dengan Obama
Ni ade ckit infor pasai obama dari internet yang aku terjumpa............
Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) ialah Presiden Amerika Syarikat yang dipilih, dan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat. Obama merupakan Senator Junior dari Illinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden. Pada 20 Januari 2009, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Kapitol Amerika Syarikat. Obama adalah graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau menjadi presiden kepada jurnal Harvard Law Review.
Obama juga pernah bekerja sebagai pengurus komuniti dan membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal di dalam Senat Illinois daripada tahun 1997 hingga 2004. Beliau mengajar undang-undang perlembagaan di University of Chicago Law School sejak tahun 1992 sampai 2004. Berikutan daripada percubaan yang gagal bagi mendapatkan satu kerusi di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam tahun 2000, beliau telah mengumumkan kempennya bagi kerusi Senat A.S. di dalam bulan Januari 2003. Selepas kemenangan pertama pada bulan Mac 2004, Obama telah menyampaikan ucapan dasar di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan pada bulan Julai 2004. Beliau telah dipilih mewakili Senat pada bulan November 2004 dengan 70 peratus undi.
Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan. Beliau juga mengadakan lawatan rasmi ke Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, keganasan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S. yang sudah kembali. Semenjak mengumumkan kempen presiden pada bulan Februari 2007, Obama menekankan penamatan perang Iraq, peningkatan ketakbersandaran tenaga, dan penyediaan penjagaan kesihatan sejagat sebagai keutamaan negara. Obama mengumumkan di dalam kempen presidennya pada bulan Februari 2007, dan telah dipilih secara rasmi di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008 dengan senator dari Delaware, Joe Biden, sebagai calon pasangan beliau.
PHD melayu
Hanya kerana hendak memuaskan perasaan diri, inilah yang terjadi hingga ke hari kini. Melayu yang penuh PHD dalam diri. Bangunlah bangsa ku.
Mini notebook

Weighing in at just 1.27 kg, with a large 8.9-inch WSVGA display, the HP 2133 Mini-Note PC features a durable design with a robust suite of wireless, multimedia and security capabilities to allow users to stay productive.