Senario politik masa kini aku rasa merupakan politik demokrasi yang paling subur dalam sejarah politik negara sejak mula merdeka hingga kini. Cuma sikap pemain dalam politik itu sendiri menunjukan politik Malaysia kini wujud kekalutan.
Dikala ini juga Media yang memihak mana-mana kumpulan politik lebih cenderung kepada menulis dan memberatkan cerita sesebelah pihak saja. Tiada satu media yang menyampaikan berita seimbang yang mengatakan yang benar dan betoi... banyak cerita di mekup agar nampak cantik dimata orang ramai sama saja. sama ada media pemerintah atau pun media dibelah pembangkang.
Suburnya demokrasi masa kini..... bermula dari sistem sekolah yang berjaya membentuk pemimpin yang ramai masa kini. Dulu tentunya pemimpin yang ada masa kini telah terlibat secara langsung atau tak segaja telah terlibat dalam pedebatan ala perlimen... sehingga dalam iklan pon ade.... KITA MINUM DULU..... Itu lah yang menghasilkan ramainya pemimpin dikedua-dua belah pihak. Yang pemerintahnya ramai yang berkeliber dan yang pembangkangnya ramai bijak pandai.....
Kalau semua ini disatukan dengan NIAT ingin menjaga negara, bangsa malaysia dan kemakmuran negara. Maka jelaslah MALAYSIA sebenarnya mempunyai ramai pemimpin untuk memajukan negara ini.
Jangan bila berkuasa .... sikap-sikap yang ramah, mesra, mudah tersenyum, pandai mengambil hati... telah hilang, sebalik rasa yang sentiasa ingin dihormati, disanjung, ditakuti akan memakan diri YB sendiri. Kerana pastinya yang disekelilingnya hanya ada orang mengampuuuuuu.
Sikap pemimpin yang hanya suka dikelilingi orang-orang yang hanya ikut arahan saja pon tidak baik.... hanya merosakkan diri. Pemimpin sepatutnya dikelilingi orang yang berilmu, agar dapat memberi idea dan nasihat yang bernas. Kaki mengampu hanya nampak wang ringgit dan apa yang mereka dapat sahaja......
8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (1-5 Julai 2024)
-
Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan
menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini. ISNIN (1 Julai 2024) Data PMI
Pemb...
4 months ago
No comments:
Post a Comment