Salam

SELAMAT DATANG KE BLOG CHIK DIN. SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA UNTUK BLOK INI,SEGALA KOMEN ANDA dSILAkan kat ruang Comment tu.. Tq By By -laman web terkini-

Saturday, July 18, 2009

e-Jenazah

Kemudahan urus jenazah

Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my


PUSAT panggilan 24 jam disediakan Anjung Urus Jenazah.

Perkhidmatan e-jenazah di internet dibuat secara sistematik, bersepadu dan berlandaskan hukum syarak

MUNGKIN ramai yang belum pernah dengar e-jenazah, malah tidak terlintas di fikiran mengenai kewujudannya. Apakah ia sama seperti perkhidmatan e-kerajaan, e-tanah dan pelbagai lagi sememangnya sudah biasa didengari.

Sebenarnya, e-jenazah ialah perkhidmatan pengurusan jenazah secara sistematik, bersepadu dan berlandaskan hukum syarak. Oleh kerana perkhidmatan itu turut menggunakan aplikasi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ia selayaknya dinamakan e-jenazah.


Perkhidmatan yang ditawarkan sebuah syarikat Bumiputera, Anjung UrusJenazah Sdn Bhd, yang berpangkalan di Bayan Baru, Pulau Pinang, membabitkan pelaburan awal RM2.5 juta.


Buat permulaan, perkhidmatan itu ditawarkan kepada umat Islam di Pulau Pinang sejak awal bulan ini. Perkhidmatannya bermula dengan khidmat nasihat pengurusan jenazah selepas kematian, diikuti khidmat nasihat kepada waris, sebaran berita kematian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah, menguruskan dokumentasi kematian, memandikan, mengkafan, sembahyang jenazah dan hadiah khatam al-Quran oleh kumpulan hafiz.

Ini bermakna jika orang yang meninggal dunia sudah menyertai pakej e-jenazah, warisnya seperti bapa, isteri atau anak tidak perlu ke hulu ke hilir untuk menguruskan jenazah seperti membuat laporan polis, mencari penggali kubur, membuat persiapan untuk mandi dan kafan jenazah kerana semuanya akan diuruskan oleh petugas syarikat.

PERKHIDMATAN van jenazah turut disediakan.

Selain lebih selesa, waris juga boleh menggunakan saat-saat terakhir bersama insan tersayang itu dengan membaca al-Quran selain bertumpu kepada usaha menerima kehadiran tetamu tanpa timbul rasa kebimbangan mengenai soal pengurusan jenazah.

Apa yang penting, perkhidmatan yang ditawarkan berlandaskan hukum syarak. Malah, syarikat itu mempunyai Panel Penasihat Syariah (PPS) yang dianggotai mufti, kumpulan ulama dan peguam syarie. Panel ini diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Pembentukan panel ini selaras matlamat untuk menyediakan satu sistem pengurusan jenazah yang berlandaskan hukum syarak dan dilaksanakan dengan sempurna melalui pemantauan berterusan, sama ada di peringkat pengurusan mahupun operasi.

Selain mendapat kepercayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui geran sebanyak RM2 juta daripada tabung InoFund, e-jenazah juga memperoleh kerjasama badan berkaitan seperti majlis agama Islam negeri di seluruh negara.

Perkhidmatan e-jenazah ini ditawarkan melalui skim bayaran mudah yang tidak membebankan iaitu serendah RM60 setahun dan setiap pembeli pakej akan diberikan kad keahlian. Ahli boleh memilih sama ada membeli pakej tahunan atau pun seumur hidup.

Jika ahli memilih pakej tahunan dan umur panjang, individu itu hanya perlu membuat pakej sehingga tahun ke-12. Sepanjang tempoh itu, ahli membayar RM720 (tidak termasuk RM20 untuk yuran pendaftaran pada tahun pertama) dan tidak lagi perlu membuat bayaran bagi tahun ke-13 dan tempoh berikutnya.

Sekiranya ahli meninggal pada tahun pertama, syarikat akan menguruskan jenazahnya tanpa mengambil wang tambahan daripada waris walaupun hanya menjelaskan RM60. Ketika ini, kos pengurusan jenazah sekitar RM1,000 hingga RM1,200, bergantung kepada kawasan.

Apabila berlaku kematian, waris perlu menghubungi talian hotline pusat panggilan 1300 88 4554 yang beroperasi 24 jam sehari yang bertindak sebagai pusat pemprosesan untuk menyelaraskan segala urusan perkhidmatan yang akan diberikan kepada pelanggan e-jenazah.

Selepas menerima panggilan daripada waris, pusat panggilan akan menghantar SMS kepada 20 ahli keluarga terdekat (senarai nama diberikan oleh ahli ketika mendaftar) untuk memaklumkan kematian. Ini diikuti oleh khidmat nasihat oleh Panel Pengurusan Jenazah sehingga selesai pengebumian.

Pengarah Urusan AnjungUrus Jenazah, Gulam Rusol Md Ismail berkata, idea memperkenalkan perkhidmatan itu timbul kerana syarikat mahu mewujudkan satu sistem pengurusan jenazah yang lebih sistematik terutama di bandar kerana masyarakat sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.

Dengan mengambil kira sistem pengurusan jenazah sedia ada yang kurang tersusun kerana perkhidmatan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa khairat kematian di sesuatu kawasan bukan sepenuh masa, beliau terpanggil untuk menyediakan sesuatu yang lebih lengkap dengan berlandaskan hukum syarak.

Katanya, dengan menggabungkan kemudahan ICT, e-jenazah akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam berkaitan pengurusan jenazah.

“Dalam membangunkan sistem ini, aspek hukum dipertimbangkan dengan sehalusnya oleh PPS yang terdiri daripada mufti negeri, ulama dan peguam syarie. Apa yang kami tawarkan adalah gabungan perkhidmatan dan fardu kifayah apabila berlaku kematian, bukannya sangat soal komersial,” katanya.

Beliau menjelaskan pihaknya turut melakukan kajian mendalam sebelum memperkenalkan perkhidmatan itu kerana ia mengambil kira soal hukum syarak serta sensitiviti masyarakat setempat seperti khairat kematian.

Ini kerana, mereka tidak mahu dilihat seolah-olah mengambil alih fungsi khairat kematian di sesuatu kawasan yang sudah sekian lama mengendalikan soal pengurusan jenazah.

Tanpa memperlekehkan khairat kematian di sesuatu kawasan, Gulam berkata, perkhidmatan yang ditawarkan AnjungUrus Jenazah itu sebaliknya bertujuan memperkemaskan pengurusan jenazah sedia ada terutama bagi menghadapi cabaran serta yang semakin kritikal.

“Khairat kematian sememangnya bagus tetapi masalahnya tiada orang yang benar-benar komited terhadap perkhidmatan pengurusan jenazah kerana mereka mungkin ada tugasan lain.

“Melalui e-jenazah, kita mempunyai pusat panggilan yang beroperasi 24 jam sehari yang membolehkan waris mendapat perkhidmatan pada bila-bila masa apabila berlaku kematian,” katanya.

Walaupun mempunyai Panel Pengurusan Jenazah (PPJ) yang berpengalaman, mereka tidak mengetepikan peranan khairat kematian. PPJ akan berbincang dengan mereka mengenai pengurusan jenazah dan jika ahli jawatankuasa khairat kematian boleh melaksanakannya, mereka tidak akan diketepikan.

Bagaimanapun, sekiranya khairat kematian kawasan itu tidak boleh melakukannya, PPJ akan menguruskan jenazah berkenaan dengan menggunakan petugas yang terlatih termasuk mengendalikan jenazah yang bermasalah akibat penyakit kronik dan kematian akibat kecederaan parah.

“Kami amat menitikberatkan soal hukum dan sensitiviti ketika menguruskan jenazah. Di tempat yang tiada kemudahan mandi mayat, kami menyediakan kit mandi mayat bergerak percuma,” katanya sambil menambah pihaknya juga akan turut membaca talkin.

Selepas semuanya selesai, syarikat juga menghadiahkan khatam al-Quran oleh hafiz yang akan melakukannya di Madrasah Tahfiz Al-Hasani yang berada di bawah naungan syarikat.

“Ini adalah hadiah kami kepada pelanggan,” katanya yang memberi jaminan akan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Gulam berkata, sebagai permulaan, e-jenazah diperkenalkan kepada penduduk Pulau Pinang sebelum diperluaskan ke negeri lain secara berperingkat sehingga meliputi seluruh negara menjelang akhir 2010 atau awal 2011.

Ketika ini, kira-kira 1,000 orang sudah membeli pakej yang ditawarkan dan syarikat menyasarkan 50,000 akan menyertai pada akhir tahun ini di Pulau Pinang.

“Kami akan memperluaskan e-jenazah ke Kedah pada Oktober ini dan Perak pada tahun depan. Kami mensasarkan 500,000 pelanggan apabila diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kemungkinan orang ramai akan mempersoalkan syarikatnya kerana seolah-olah mengkomersialkan kematian dengan memberikan analogi berikut:

“Kalau saya komersialkan perkara ini salah, pihak seperti Tabung Haji juga salah kerana mengkomersialkan fardu ain. Tetapi saya fardu kifayah. Tabung Haji memudahkan cara menunaikan haji dan saya memudahkan cara pengurusan jenazah. Ia sebagai amal jariah,” katanya.

Info

Pakej e-jenazah

Pakej Seumur Hidup


Individu - RM720

Pasangan - RM1,200

Keluarga - RM2,160

Warga emas - RM840



Pakej Tahunan

Individu - RM60

Pasangan - RM100

Keluarga - RM180

Warga emas - RM70



  • Caj proses pendaftaran RM20

  • Keluarga dengan maksimum dua anak, suami dan isteri. RM40 dikenakan untuk anak seterusnya.

  • Warga emas ialah mereka yang berusia 63 tahun ke atas bagi lelaki dan 70 tahun bagi wanita.

    Kaedah pendaftaran

    Melalui laman web: www.ejenazah.com

    Melalui SMS: jarakjarakjarak hantar kepada 32886

    Hotline: 1300 88 4554.

    Alamat syarikat: Anjung UrusJenazah Sdn Bhd, H-12-3 Lorong Bayan Indah 2, Bay Avenue, Queensbay, Sungai Nibong, 11900 Pulau Pinang.
  • Friday, July 17, 2009

    Kematian Yang Mulia

    Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

    1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

    2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

    3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

    "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

    4. Mati syahid di dalam medan perang.

    5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

    Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

    Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

    Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

    Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

    6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

    7. Mati kerana tenggelam.

    8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

    Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

    9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

    10. Mati terbakar.

    11. Mati kerana penyakit busung perut.

    Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

    12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

    Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

    13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

    14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

    15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

    16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

    Wednesday, July 15, 2009

    Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang


    KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.

    Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.


    Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan


    berdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

    Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.

    Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.

    Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.

    Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.

    Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.

    Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

    Tuntutan lain ialah:

    • Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
    • Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
    • Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
    • Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.
    Sumber itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka. - Bernama