Salam

SELAMAT DATANG KE BLOG CHIK DIN. SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA UNTUK BLOK INI,SEGALA KOMEN ANDA dSILAkan kat ruang Comment tu.. Tq By By -laman web terkini-

Tuesday, March 31, 2009

INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA


KLUSTER BESAR

BIL. NAMA KOPERASI

1. BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD [BANK RAKYAT]
2. KOPERASI PERMODALAN FELDA BERHAD
3. KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA BERHAD
4. KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
5. KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
6. KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD [KOPETRO]
7. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD
8. KOPERASI KEBANGSAAN PERMODALAN TANAH BERHAD
9. ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD [ANGKASA]
10. KOPERASI KONSUMER MALAYSIA BERHAD
11. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD
12. KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD
13. KOPERASI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD
14. KOPERASI PEKERJA-PEKERJA SHELL MALAYSIA BERHAD
15. KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD
16. KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH LANGKAWI BERHAD
17. KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD
18. KOPERASI SERBAGUNA FELDA CHINI SATU BERHAD
19. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD
20. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN KERANGAI PENAGOH BERHAD
21. KOPERASI PEKEBUN GETAH DAERAH MUAR BERHAD
22. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD
23. KOPERASI SERBAGUNA FELDA SELANCAR DUA BERHAD
24. KOPERASI PEKEBUN GETAH JAJAHAN TANAH MERAH DAN JELI BERHAD
25. KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
26. KOPERASI PASAR MELAYU BALING BERHAD
27. KOPERASI FELDA SEBERTAK BERHAD
28. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD
29. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN BUKIT TANDAK BERHAD
30. KOPERASI PENEROKA SUNGAI TENGI BERHAD
31. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH SEGAMAT BERHAD [KOPEDAS]
32. KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA BERHAD
33. KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN BERHAD
34. KOPERASI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERHAD
35. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BATU PAHAT BERHAD
36. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN PANGGONG LALAT BERHAD
37. KOPERASI UNIKEB BERHAD
38. KOPERASI PENEROKA-PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 BERHAD
39. KOPERASI GURU PULAU PINANG BERHAD
40. KOPERASI FELDA KERTEH SATU KETENGAH JAYA BERHAD
41. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KUALA TERENGGANU BERHAD
42. KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN TERENGGANU (KOKITAB) BERHAD
43. KOPERASI LADANG PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA BERHAD
44. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN GUAL DALAM BERHAD,
45. KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD
46. KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
47. KOPERASI JAYADIRI MALAYSIA BERHAD [KOJADI]
48. KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD
49. KOPERASI MCIS BERHAD
50. KOPERASI KAKITANGAN FELDA BERHAD
51. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
52. KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SETIU BERHAD
53. KOPERASI KEMAJUAN TANAH NEGERI JOHOR BERHAD
54. KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERHAD
55. KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD
56. KOPERASI PEKEBUN GETAH PASIR MAS BERHAD
57. KOPERASI ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN BATU PAHAT BERHAD
58. KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA GUGUSAN SERI BANDI KEMAMAN BERHAD
59. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BANDAR BHARU BERHAD
60. KOPERASI PERMODALAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
MELAYU TERENGGANU (KOMODAL) BERHAD
61. KOPERASI SIMPANG JALONG SUNGAI SIPUT (U) BERHAD
62. KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD
63. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH LARUT MATANG BERHAD
64. KOPERASI KOSPETA SEMENANJUNG MALAYSIA BERHAD
65. KOPERASI SERBAGUNA PEKERJA FELDA BERHAD
66. KOPERASI PENEROKA FELDA SUNGAI SAYONG BERHAD
67. KOPERASI PEKEBUN KECIL GETAH MACHANG BERHAD
68. KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BERHAD
69. KOPERASI KAKITANGAN PERWAJA BERHAD
70. KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD
71. KOPERASI PEKERJA INTEL BERHAD
72. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI HUTAN MELAYU NEGERI PERAK (KOOP PEHUMA) BERHAD
73. KOPERASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD
74. KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN TERENGGANU (KOKANUN) BERHAD
75. KOPERASI JABATAN PENJARA MALAYSIA BERHAD [KOPEN]
76. KOPERASI PENEROKA FELDA LURAH BILUT BERHAD
77.
KOPERASI POLIS DIRAJA PULAU PINANG BERHAD

KLUSTER SEDERHANA

BIL. NAMA KOPERASI

78. KOPERASI PEKEBUN KECIL NEGERI SEMBILAN BERHAD
79. KOPERASI PENEROKA FELDA BUKIT EASTER BERHAD
80. KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD
81. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KEMAMAN (KOPKEM) BERHAD
82. KOPERASI SERBAGUNA FELDA TERATAI (JENGKA 21) BERHAD
83. KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD
84. KOPERASI PENEROKA-PENEROKA FELDA MAS BERHAD
85. KOPERASI PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN SAMARAHAN BERHAD
86. KOPERASI POS NASIONAL BERHAD [KOPONAS BERHAD]
87. KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
88. KOPERASI PENEROKA FELDA LOK HENG BARAT BERHAD
89. KOPERASI SERBAGUNA FELDA BUKIT GOH BERHAD
90. KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD
91. KOPERASI PENEROKA FELDA CHIKU LIMA BERHAD
92. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN LUBUK SIREH PERLIS BERHAD
93. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KAMPONG GAJAH PERAK BERHAD
94. KOPERASI MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD [KOMUS]
95. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KLUANG BERHAD
96. KOPERASI SERBAGUNA FELDA CHINI TIMUR SATU BERHAD
97. KOPERASI PEKEBUN GETAH DAERAH BESUT/SETIU BERHAD
98. KOPERASI PENEROKA-PENEROKA JENGKA 10 (MAWAR) BERHAD
99. KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN NASIONAL BERHAD
100.
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BATANG PADANG SELATAN BERHAD

Sumber dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Monday, March 30, 2009

Pengguna internet diingatkan tentang spam berniat jahat

Spam atau emel tidak diundang berniat jahat baru serta berskala besar, dipaparkan dalam bentuk emel daripada syarikat kurier DHL, sedang hebat menyerang, demikian amaran yang dikeluarkan oleh syarikat keselamatan dan pengawalan IT, Sophos, hari ini.

Katanya dalam satu kenyataan di sini bahawa pengguna internet akan menerima mesej bahawa syarikat kurier itu cuba menghantar sebuah bungkusan kepada mereka pada 14 Mac.

"Mesej itu juga menyatakan bahawa mereka perlu mencetak invois yang disertakan yang mengandungi satu fail zip dan membawanya ke pejabat DHL," jelasnya.


Menurut Sophos, pengguna komputer yang terbabit dalam penipuan itu dan membuka ‘dhl_n756512.zip’, tidak akan dapat melihat sebarang invois tetapi sebenarnya memuat turun "Trojan horse" yang berniat jahat, yang dikenali sebagai Troj/Agent-JJP ke dalam komputer mereka, memberikan penggodam akses yang terhad.

Kesemua emel menggunakan tajuk, ''DHL Tracking number'' tetapi mempunyai nombor rujukan yang dijana secara rawak, katanya, sambil menambah bahawa penipuan itu yang kedua berlaku dalam jangka waktu seminggu dengan penyamaran sebagai DHL.

TRAP Sungai Klah

Tuesday, March 17, 2009

Sekolah diarah rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.


"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.

"Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.

Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.

Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan.

Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu.

"Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.

Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama

Sunday, March 15, 2009

Orang Yang Berilmu Akan Dimuliakan


KOTA BHARU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, menerima tiga tawaran biasiswa bagi membolehkannya melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat dan A Level di United Kingdom.

Malah, kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa tinggal di rumah serba daif mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki mereka sekeluarga.

Tawaran biasiswa daripada Petronas, Bank Negara dan Mara itu hadir tepat pada masanya ketika bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, buntu memikirkan masa depan anaknya untuk melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup.


Mara bukan saja sedia menawarkan biasiswa, malah menawarkan tempat kepada Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian peringkat A Level di mana-mana kolej atau universiti ternama di United Kingdom.

Nik Mohd Kamal yang bekerja sebagai nelayan berkata, beliau tergamam dan hampir menitiskan air mata sebaik dihubungi pegawai dari tiga agensi berkenaan semalam yang menawarkan biasiswa kepada anak sulungnya itu bagi melanjutkan pengajian ke Asia Barat.

"Sebelum ini, saya buntu memikirkan bagaimana nak mengumpul wang menghantar Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian kerana saya kini tidak dapat turun ke laut berikutan musim tengkujuh belum berakhir.

"Malah, sudah setahun saya tidak membayar sewa rumah berjumlah RM90 sebulan kerana tidak mampu... dan mujur tuan rumah memahami keadaan saya," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Parang Puting, dekat Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Kejayaan Nik Nur Madihah, pelajar Maahad Muhammadi (P), di sini, yang mendapat 19A1 dan 1A2 dalam SPM menyebabkan rumah kecil dengan hanya mempunyai dua bilik yang disewa Nik Mohd Kamal sejak 14 tahun lalu, tidak putus-putus dikunjungi orang ramai yang menghulurkan bantuan.

Mengenai bantuan ditawarkan pelbagai pihak, termasuk rumah baru yang dijanjikan kerajaan negeri, Nik Mohd Kamal berkata, beliau sedia menerimanya dan sanggup tinggal di mana saja demi keselesaan empat anaknya, termasuk Nik Nur Madihah mengulang kaji pelajaran.

Selain Nik Nur Madihah, tiga lagi anaknya turut cemerlang dalam pelajaran dengan anak keduanya menuntut di Sekolah Menengah Teknik Bachok dalam Tingkatan Empat selepas memperoleh 5A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Anak ketiganya pula kini menuntut di Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Salak Tinggi, Selangor di bawah tajaan Permodalan Nasional Bhd (PNB) selepas memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala seorang lagi dalam Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Parang Puting.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata tawaran pengajian dan tempat tinggal secara automatik oleh Mara kepada Nik Nur Madihah itu diberikan bagi mengiktiraf kejayaan luar biasa pelajar berkenaan.

"Mara bagi tawaran automatik, tidak perlu temu duga atau isi borang, pegawai kami yang akan serah borang tawaran kepadanya minggu ini. Kami bagi keistimewaan kepadanya untuk buat A Level di luar negara menerusi skim pelajar cemerlang.

"Terpulang kepada pelajar itu untuk menerima tawaran ini atau sebaliknya, kami bersedia menyediakan tempat dan cari kolej untuknya yang berminat dalam bidang Fizik," katanya kepada pemberita di ibu negara.

Sementara itu, Nik Nur Madihah berkata beliau bersyukur menerima tawaran mencurah-curah daripada pelbagai pihak dan akan memberi pertimbangan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya akan berbincang dengan ibu bapa sebelum membuat sebarang keputusan. Apa yang penting saya mahu mencapai cita-cita menjadi ahli Fizik suatu hari nanti. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terkejut kerana tiba-tiba kisah hidupnya dan keluarga menjadi perhatian masyarakat dan berharap ia akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran walaupun berasal dari keluarga miskin.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20090315225920/Article/index_html

Saturday, March 14, 2009

Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?

Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?
Mar 14, 09 7:23pm
Berita kurang baik untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - kadar dividen bagi tahun 2008 dijangka serendah 4.5 peratus.

Berita itulah yang dimaklumkan oleh kesatuan sekerja kepada ahli-ahli mereka, dakwa sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Menurut mereka, kadar itu terlalu rendah walaupun prestasi KWSP adalah baik dalam tempoh sembilan bulan pertama 2008 sepertimana dalam pengumuman keputusan prestasinya bagi suku ketiga tahun lalu.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, pencarum mengharapkan kadar dividen yang lebih baik kerana KWSP mendakwa pihaknya telah melabur dengan bijaksana dalam sekuriti jangka panjang.

"KWSP patut berkongsi keuntungannya dengan membayar kadar dividen yang lebih tinggi kerana kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan ribuan orang hilang pekerjaan," tambahnya.

Anggota Majlis Eksekutif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A Sivananthan juga berkata, beliau mendapat tahu bahawa dividen KWSP bagi 2008 adalah 4.5 peratus.

Ekoran itu, beliau berkata KWSP sepatutnya menukar para penasihat pelaburannya kerana kadar dividen tersebut, hanyalah separuh daripada dividen yang dibayar oleh Permodanan Nasional Berhad (PNB)>

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/100232

Monday, March 9, 2009

Youtube, Facebook, Friendster medium iklan canggih

PULAU PINANG 8 Mac – Penganjuran projek Pameran Pemenang Anugerah Pengiklanan (Adwave) pada masa depan akan lebih memfokuskan kepada penggunaan medium baru pengiklanan.

Penasihat projeknya, Prof. Madya Mohammad Md. Yusoff berkata, laman blog seperti Youtube, Facebook dan Friendster merupakan antara yang berpotensi untuk diperluaskan penggunaannya sebagai medium pengiklanan.

“Penganjuran Adwave yang memberi peluang kepada para pelajar mempamerkan bakat kreatif dalam bidang pengiklanan, sebelum ini lebih tertumpu kepada seni kreativiti mereka.

“Bagaimanapun, dengan perkembangan pantas pelbagai teknologi terkini dan penggunaannya yang meluas pada masa sekarang, kita mengambil langkah untuk fokus kepada medium baru ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas majlis kemuncak Adwave 2009 bertemakan Awakening Minds yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Lim Koon Ong.

Turut hadir Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Danny Law Heng Kiang; Dekan Pusat Pengajian Komunikasi USM, Prof. Adnan Hussein dan Pengarah Urusan Utusan Media Sales Sdn. Bhd., Adi Satria Ahmad.

Pada majlis dinamakan ‘Hari Anugerah Adwave’ itu, Adi Satria turut menyerahkan cek sumbangan RM5,000 kepada Koon Ong untuk penajaan penganjuran Adwave.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, beliau berharap program itu dapat dianjurkan berterusan kerana ia merupakan pentas terbaik bagi pelajar bidang berkaitan menunjukkan serta menyerlahkan bakat kreatif mereka.

“Saya juga gembira kerana pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan serta penajaan bagi menjayakan kempen Adwave ini dan tahun ini merupakan satu rekod kerana kita telah menerima jumlah tajaan mencecah RM1.5 juta,” ujarnya.

Adwave merupakan satu acara berprestij yang dianjurkan setiap tahun oleh pelajar tahun akhir Program Komunikasi Pemujukan USM dan ia terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Dalam penganjuran kali ke-12 ini, kempen yang bermula 15 Januari lalu hingga hari ini mengadakan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan pengiklanan kreatif dengan kerjasama pihak swasta selain turut menganjurkan tiga bengkel.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm

Thursday, March 5, 2009

FOREX

Forex is a short form of “Foreign Exchange”. Clearly from the word we can imply that we are dealing with various currencies. Its a form of trading, we are doing trading for sure. However we are not dealing with the regular items, we are dealing with money. We are exhanging one country’s money with another country’s money. So after some time the value of money that we have may increase or decrease. If the money’s value appreciate, then we are making some profit. Otherwise we have to born the loss.

For illustration, let say we just bough one lot of GBP/USD at 1.9600. Due to strong economic environment, GBP is getting stronger and increase to 1.9700. At this level value of currency at hand increase by 0.0100 (we call it 100 pips in Forex, see pip for detail explanation). So if we want to make some money we can sell the GBP.

Before the world is connected through internet, only the big banks and financial institutions trade forex. If we want to make some investment in Forex, we have to go through the financial institutions. The process is slow and can be expensive. Luckily with the advancement of internet we are capable of conducting Forex trading right at the comfort of our home. There is no more dealing desk. Practically we can trade 24/7. Internet makes it possible for all of us to trade Forex from anywhere.

Wednesday, March 4, 2009

Geng perlu pembelaan



GENG: Pengembaraan Bermula (Geng) merupakan filem animasi pertama yang berjaya mencipta fenomena dalam industri perfileman tanah air.
Buktinya, filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., (LCPSB) itu merupakan filem tempatan termahal dengan kos hampir RM4 juta. Malah, sejak ditayangkan pada 12 Februari lalu di pawagam-pawagam seluruh negara, Geng berjaya mengaut kutipan tiket lebih RM4 juta. Difahamkan kebanyakan tiket tayangan filem itu pada hujung minggu juga habis dijual walaupun adakala jumlah tayangannya tujuh kali sehari! Ada juga pawagam yang terpaksa menambah jumlah pawagam kerana tidak mampu menampung bilangan penonton yang bertambah. Filem arahan Mohd. Nizam Abd. Razak itu berjaya membuatkan tauke pawagam-pawagam tersenyum lebar kerana sambutan di luar dugaan itu. Namun, agak menghairankan ketika sambutan Geng semakin hangat, pihak pawagam kononnya dikatakan mahu menarik tayangan filem tersebut. Antara alasan tidak masuk akal yang diberi kerana mereka mahu 'memberi laluan' kepada banyak filem lain termasuklah filem tempatan dan asing. Persoalannya, mengapa perlu ditarik tayangan filem yang sedang mendapat sambutan ramai berbanding filem lain yang mereka belum pasti untungnya? Biasanya filem tempatan yang melalui Skim Wajib Tayang dan bermasalah kalau tayangannya di pawagam selama 14 hari tidak mendapat sambutan para penonton. Ini kerana, pihak pawagam boleh menarik tayangan sesebuah filem itu jika sambutannya dingin dan akan digantikan pula dengan filem lain. Bagaimanapun, dalam kes Geng ia terbalik kerana biarpun sambutannya hebat tetapi tayangannya pula mahu ditarik kerana alasan yang tidak logik itu. Secara logiknya, pawagam tentulah akan memanjangkan tayangan sesebuah filem jika sambutannya baik kerana ia akan menguntungkan mereka. Dalam kes ini, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena apabila masalah seperti itu timbul kerana ia jarang-jarang berlaku dalam industri perfileman tempatan. Pihak-pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) haruslah tampil ke depan bagi membantu masalah yang sedang dihadapi oleh filem seperti Geng. Sebabnya, bukan selalu filem tempatan seperti Geng mencipta fenomena dengan mengalahkan kutipan tiket filem-filem hebat dari luar negara. Geng misalnya, mengutip kutipan tiket RM1.75 juta pada minggu pertama tayangannya mengalahkan filem Hollywood seperti Valkyrie. Dimaklumkan, Geng turut menewaskan filem seperti The Curious Case of Benjamin Button dan Slumdog Millionaire yang turut ditayangkan serentak ketika itu. Apa pun tahniah kepada Finas kerana mewujudkan Skim Wajib Tayang selama 14 hari kepada filem-filem tempatan untuk dipatuhi oleh pihak pawagam. Tetapi nampaknya ia masih belum memadai dan Finas harus mengemaskini skim itu supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa. Finas misalnya, boleh menambah peraturan skim itu dengan mensyaratkan pihak pawagam melanjutkan tayangan filem jika sambutannya baik. Lanjutan tayangan itu boleh diberi kepada filem yang berjaya menarik lebih 30 peratus penonton ke pawagam selepas sahaja tempoh Skim Wajib Tayang tamat. Senario itulah yang berlaku kepada Geng kerana biarpun selepas 14 hari ditayangkan, tetapi filem animasi itu terus mendapat sambutan hebat para penonton. Biarpun selepas tamat Skim Wajib Tayang, namun filem itu masih mampu menarik lebih 30 peratus penonton dalam kapasiti sesebuah pawagam ketika ia ditayangkan. Selain Finas, persatuan seperti Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) juga sepatutnya tampil ke depan membantu Geng. PFM mahupun Finas seharusnya campur tangan membela filem Melayu seperti Geng dan berdepan dengan pihak pawagam supaya masalah itu dapat diatasi. Tindakan segera perlu diambil kerana filem edaran Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu mampu meraih kutipan tiket lebih RM5 juta dalam waktu terdekat ini jika ia terus ditayangkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan merugikan pihak penerbit seperti LCPSB dan pawagam daripada segi kutipan tiket yang bakal mereka raih. Malah, para peminat watak popular Upin dan Ipin dalam filem itu juga akan berputih mata kerana masih ramai lagi yang belum menontonnya di pawagam.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Tuesday, March 3, 2009

Sejarah tercatat

'Kerajaan Pasir Dua Butir' di Perak mengimbau P. Ramlee

baca le kat link
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Tips Sihat Nabi Muhammad S.A.W

Tips Sihat Nabi Muhammad S.A.W

1. Mandi pagi sebelum subuh boleh mengurangkan lemak berkumpul.

2. Sujud 1 minit selepas solat subuh dapat mengelak daripada sakit kepala.

3. Hisap hujung jari selepas makan membantu mencernakan makanan.

4. Elakkan kombinasi makanan berikut:

susu+daging
daging+ikan
ikan+susu
ayam+susu
ikan+telur
ikan+salad
susu+cuka
buah+susu(koktel)

Kombinasi makanan tersebut akan menghasilkan tindakbalas biokimia yang akan merosakkan usus kita.